Harian Metro

Datang ke majlis sekadar nak tunjuk muka

-

Baru-baru ini SS bertemu seorang rakan yang hebat ‘membawang’ dalam satu majlis hiburan di ibu kota.

Sakanlah dia ‘membawang’ cerita seorang artis yang tibatiba menghilang tanpa dapat dikesan.

Menurut rakan SS, dia sempat melihat kelibat artis itu dalam tempoh 10 minit dan kemudian hilang tanpa alasan dan dapat dikesan.

Dia teringin sangat nak berbual dengan artis itu kerana begitu meminatiny­a. Namun, tak sangka pula artis kegemarann­ya bukan individu yang mesra.

Mendengark­an cerita rakan itu, SS jadi tertanya-tanya apa sebab artis itu sanggup datang ke majlis dihadiriny­a tetapi sekejap saja.

Nampak sangat artis itu agak cekap mengguna pakai konsep ‘asal tunjuk muka’. Biasalah, paling penting tuan rumah tahu kehadirann­ya.

Untuk tetamu lain, buat apa nak diendahkan. Tak ada kepentinga­n langsung dan mungkin juga artis itu ada hal kecemasan lain secara tiba-tiba.

Apa pun sebabnya, pada SS tidak sepatutnya artis berkenaan bersikap begitu. Lebih baik tak payah muncul kalau hanya sekadar tunjuk muka.

Bukan apa, sebagai selebriti semestinya kemunculan anda di majlis hiburan ditunggutu­nggu. Mana tahu ada cerita baru boleh dikongsika­n.

Malah, jangan sesekali cepat melatah berasa anda tidak ada peminat dan tidak ada orang lain yang sedar kemunculan seketika itu.

Tepuk dada, tanya selera. Bagi SS, setiap artis ada kewibawaan dan keistimewa­an bakat tersendiri. Malah, kena bijak rebut peluang.

Apatah lagi, dalam perkembang­an industri hiburan masa kini. Buang ego diri dan utamakan fokus pada perjalan karier.

SS hanya mampu berpesan saja. Yang baik jadikan teladan dan yang buruk jadikan sebagai sempadan. Doa SS, semoga terus bertahan dan berjaya hendaknya.

SS: Simpati pada Zulin Aziz, tak ada rezeki lagi nak naik pelamin. Sabar ya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia