Harian Metro

Tunjuk bahagia biar berpada, dik!

-

Ikan di laut asam di darat, dalam kuali bertemu juga. Itulah pepatah yang boleh SS kaitkan dengan kisah percintaan dua artis remaja ini.

Waalupun tidak ada pengakuan rasmi dibuat, status ‘teman tapi mesra’ yang diguna pakai sudah cukup buat SS faham.

Memanglah pasangan artis muda ini tak mengaku bercinta tapi apa cerita kalau pergi buat persembaha­n pun bersama.

Takkanlah kereta asyik bermasalah saja hingga masing-masing perlu selalu saling menumpang. Pada SS, biasalah tengah hangat bercinta.

Kalau dipisahkan

Laut China Selatan pun, pasti dicarinya kapal untuk meredah lautan bergelora. Tapi, sampai bila tak mahu mengaku?

SS tak iri hati pun jika pasangan artis muda ini tidak mahu mengaku, namun janganlah menunjuk bahagia sangat di laman sosial.

Perjalanan karier awak berdua masih jauh. Umur pun muda dan berpada-padalah dalam percintaan.

Nasihat SS, jangan ikutkan hati yang bahagia itu sangat kerana perancanga­n sebenar daripada Yang Maha Kuasa, tiada siapa yang tahu.

Hati manusia ini sentiasa boleh berubah. Begitu juga dengan perasaan sayangnya. SS hanya tak mahu ada hati yang akan kecewa sakan.

Jadi, beringatla­h ya. Bukan apa, banyak juga kisah cinta pasangan artis muda yang SS sudah tengok terkandas di tengah sebab seronok sangat menunjuk bahagia!

SS: Tepuk dada, tanya selera! Nak makan apa hari ini?

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia