Harian Metro

Pertikai dakwaan mufti

- Muhammad Saufi Hassan cnews@nstp.com.my

Persatuan Cinta Gaza Malaysia (PCGM) mempertika­ikan kenyataan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang menyatakan Jordan satu-satunya pihak yang dibenarkan menyampaik­an bantuan kepada Palestin dan kononnya tidak ada pertubuhan lain yang dibenarkan berbuat begitu.

Pengasasny­a, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamarulzam­an berkata, kenyataan itu tidak tepat memandangk­an banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang beroperasi di Palestin dan Gaza, malah mungkin wujud konflik pembahagia­n bantuan jika hanya dibuat menerusi Jordan.

Bagaimanap­un, beliau menyambut baik kenyataan Mohd Asri yang mengingatk­an orang ramai supaya berwaspada menyalurka­n sumbangan kepada Palestin menerusi pihak tertentu yang diragui.

“Saya tentu sekali bersetuju dengan nasihat Yang Berbahagia Mufti (Mohd Asri) supaya mana-mana individu yang hendak menyumbang dengan apa sebab pun perlu mempunyai pengetahua­n yang jelas mengenai latar belakang saluran yang digunakan.

“Tetapi ada beberapa fakta yang disebutkan oleh Mufti Perlis di dalam penulisann­ya yang dimuat naik dalam akaun Facebook (FB) wajar diperbetul­kan kerana tidak tepat.

“Pertama, pihak Kementeria­n Awqaf Jordan bukan satu-satunya pihak yang dibenarkan untuk menyampaik­an bantuan kepada Palestin dan mengatakan bantuan lain disekat,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Kelmarin, Mohd Asri menerusi status FB miliknya mengingatk­an orang ramai supaya berhati-hati dengan kutipan sumbangan yang menggunaka­n nama Palestin.

Mohd Asri juga mengatakan hanya pihak kementeria­n Jordan saja yang dibenarkan untuk menyampaik­an bantuan kewangan kepada rakyat Palestin manakala segala saluran lain disekat oleh Israel.

Muhammad Nadir g juga satu-satunya rakyat Malaysia tinggal di Gaza berkata, terdapat ratusan NGO membantu menguruska­n segala bantuan kepada Palestin.

“Selama enam tahun saya menetap di Palestin, saya cukup kenal dengan konflik kepentinga­n yang berlaku dan sepanjang pengalaman, bantuan kepada Gaza tidak akan pernah sampai jika menerusi negara terbabit.

“Sebenarnya terdapat pelbagai NGO yang beroperasi di Gaza layak untuk menerima sumbangan daripada orang awam dan mereka turut memiliki integriti yang tidak boleh dipertikai­kan,” katanya.

„ Persatuan Cinta Gaza Malaysia jawab isu bantuan kepada rakyat Palestin

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia