Harian Metro

Merebak bahagian lain

-

Kuala Lumpur: “Kami dimaklumka­n ketumbuhan sel kanser pada tisu paru-paru anak mula merebak ke bahagian lain tubuhnya.

“Dia bakal menjalani pembedahan kedua bagi membuang saki-baki sel kanser yang dijadualka­n Isnin depan,” kata Farah Nur Shahirah Amran, 24, ibu kepada Raysha Adriana Abdul Hazim, 3, yang menghidap kanser Pleuropulm­onary Blastoma atau ketumbuhan pada tisu paru-paru tahap 3.

Menurut ibu dua anak itu, tahap kesihatan anak bongsunya kini dilaporkan berada dalam keadaan baik dan dia sudah dibenarkan keluar dari wad Hospital Kuala Lumpur (HKL), Jumaat lalu, selepas ditahan untuk rawatan selama seminggu akibat mengalami demam dan jangkitan kuman.

“Sepatutnya Raysha dijadualka­n menjalani pembedahan pada 22 Oktober ini, tetapi doktor mempercepa­tkan proses itu kerana bimbang ketumbuhan semakin membesar selepas merebak ke bahagian lain.

“Bagaimanap­un kos bagi pembedahan terbabit masih belum diketahui.

“Raysha akan dibawa ke HKL esok (hari ini) untuk rawatan dan kami juga akan berjumpa dengan doktor pakar untuk mendapat maklumat lanjut berhubung pembedahan itu,” katanya.

Kuala Lumpur: Bina penempatan sementara untuk mangsa gempa. Inisiatif itu diambil empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Malaysia untuk membantu ratusan keluarga yang terjejas akibat gempa bumi di Lombok, 29 Julai lalu.

Dikenali dengan nama Rumah Sementara Untuk Kemanusiaa­n (RUSUK), ia menjadi alternatif kepada penduduk yang sebelum ini terpaksa bermalam di khemah kerana bimbang dengan gempa susulan yang masih berlaku.

Ahli Majlis Mesyuarat Syabab Care Mohamad Azwan Kamaruzzam­an berkata, pembinaan itu digerakkan bersama PasRelief, Yayasan Qubra dan Majlis Perundinga­n Pertubuhan Islam Malaysia Utara yang melakukan pencarian fakta di kawasan bencana, minggu lalu.

Katanya, RUSUK dibina di kawasan yang musnah sama sekali dalam gempa tempoh hari menggunaka­n bahan berasaskan kayu dan plastik dengan kos RM800.

“Sebelum ini memang ada NGO dari Malaysia yang bina penempatan untuk bantu. Sama juga yang ini, cuma kita sesuaikan dengan jumlah ahli keluarga.

“Setakat ini, ia adalah rumah sementara yang paling selesa dan dapat dibina da- lam tempoh singkat iaitu antara dua hingga tiga hari. Alhamdulil­lah, mangsa juga melahirkan rasa lega kerana sebelum ini mereka hanya tinggal di dalam khemah,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Muhammad Azwan berkata, gandingan NGO terbabit juga sedang dalam peringkat akhir untuk mengaktifk­an bantuan serupa di Palu, Sulawesi Tengah dalam masa terdekat dan bekerjasam­a dengan rakan gabungan dari Indonesia.

Menurutnya, pembinaan RUSUK yang dicetuskan selepas gempa bumi, baru-baru ini, adalah pilihan terbaik kerana penduduk masih trauma dengan runtuhan kediaman mereka dalam kejadian itu.

“Insya-Allah, dengan sumbangan rakyat Malaysia, kita harapkan ini akan memudahkan kehidupan mangsa gempa,” katanya.

 ??  ?? DELEGASI Syabab Care ketika di Lombok, minggu lalu.
DELEGASI Syabab Care ketika di Lombok, minggu lalu.
 ??  ?? FARAH Nur Shahirah bersama Raysha Nur Adriana.
FARAH Nur Shahirah bersama Raysha Nur Adriana.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia