Harian Metro

Lori melintang tengah jalan

-

Batu Pahat: Lima cedera termasuk seorang parah dalam kemalangan membabitka­n dua lori dan kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 81.2 Lebuhraya PLUS arah selatan dekat Yong Peng, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Azhan Abdul Halim berkata, kemalangan itu menyebabka­n kesesakan lalu lintas sejauh hampir 10 kilometer tetapi situasi itu terkawal selepas pihak berkuasa sampai ke lokasi kejadian.

“Kemalangan ini membabitka­n sebuah kenderaan pacuan empat roda Nissan Navara dengan dua lori dan berpunca apabila seorang pemandu lori hilang kawalan serta merempuh lori lain sebelum terbalik.

“Rempuhan ini menyebabka­n lori melintang di kedua-dua lorong lebuh raya sehingga berlaku kesesakan di laluan sehingga lapan kilometer dan trafik perlahan.

“Lori yang terbalik ini turut menghempap sebuah Nissan Navara di laluan sama. Kita masih menjalanka­n siasatan lanjut berhubung kes ini,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk mendapatka­n rawatan lanjut.

Dalam pada itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor berkata, sebuah jentera bersama lapan anggota diketuai Ibnul Kasim Ahmad serta Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng, Asroy Yahaya bergegas ke lokasi kejadian. Kuala Lumpur: Pemandu lori yang memandu melawan arus hingga mengakibat­kan kemalangan di Kilometer 432 Lebuhraya PLUS arah selatan berhampira­n Plaza Tol Sungai Buaya, Hulu Selangor, semalam, direman empat hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superinten­dan Lim Bak Phai berkata, reman terhadap suspek, 37, yang juga pemandu lori kepada syarikat pembekal ubat bermula semalam hingga 11 Oktober ini untuk siasatan lanjut mengikut Sekyen 42(1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

“Siasatan lanjut kes berkenaan sedang dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Terdahulu, NSTP melaporkan, pemandu lori terbabit memandu melawan arus sejauh tiga kilometer di lokasi berkenaan sebelum kenderaan itu melanggar sebuah lagi lori yang berada di lorong sama, kelmarin.

Semakan mendapati lelaki terbabit memiliki 64 saman, 36 waran tangkap dan 15 kes trafik tidak dikompaun, selain tidak memiliki lesen memandu.

Hasil ujian saringan awal dilakukan terhadap pemandu lori berkenaan didapati negatif dadah.

Suspek kemudian dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk diambil sampel darah bagi tujuan pemeriksaa­n alkohol dan dihantar ke Jabatan Kimia.

 ??  ?? KEADAAN Nissan Navara yang remuk dihempap lori.
KEADAAN Nissan Navara yang remuk dihempap lori.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia