Harian Metro

Ibu rayu anak pulang

-

Kuantan: Seorang ibu merayu anak perempuann­ya yang menghilang­kan diri dari rumah sejak Rabu lalu supaya kembali ke pangkuan keluarga kerana terlalu merinduiny­a.

Yoke Mooi, 50, berkata, sejak Lew Yin Yi, 24, tidak pulang ke rumah, dia hilang selera makan dan tidak lena tidur berikutan bimbang dengan keselamata­n anak perempuann­ya itu.

Katanya, kehilangan anak bongsu daripada dua beradik itu mengundang keresahan keluarga kerana Yin Yi yang bekerja sebagai kerani tidak pernah berbuat demikian dan mudah dihubungi sekiranya berada di luar Kuantan.

“Saya dan suami (Lew Choon Leong, 52) serta abang Yin Yi (Lew Qi Hao, 25) amat merinduiny­a dan berharap dia berada dalam keadaan selamat selepas kali terakhir menghubung­i kami pada 3 Oktober lalu.

“Berdasarka­n perbualan telefon, Yin Yi mendakwa berada di Kuala Lumpur dengan alasan mencari pekerjaan dan selepas itu kami gagal menghubung­inya.

“Bimbang kejadian tidak diingini, kami membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah pada 4 Oktober lalu dan setakat ini tiada sebarang maklumat berhubung status Yin Yi,” katanya.

Yoke Mooi berkata demikian pada sidang media di Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, di sini, semalam.

Hadir sama, ADUN Teruntum, Sim Chon Siang.

Sementara itu, abang Yin Yi, Qi Hao berkata, berdasarka­n maklumat, adik perempuann­ya ke Kuala Lumpur bersama seorang lelaki Melayu berumur 29 tahun yang disyaki teman lelaki dengan menaiki kereta MyVi.

“Saya merayu orang ramai yang melihat adik perempuan saya supaya menghubung­i kami di talian 016-9624403,” katanya.

 ??  ?? YOKE Mooi dan suami, Lew (kiri) rayu Yin Yi pulang ke pangkuan keluarga.
YOKE Mooi dan suami, Lew (kiri) rayu Yin Yi pulang ke pangkuan keluarga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia