Harian Metro

Tabah jaga dua anak istimewa

- Nur Saliawati Salberi nursaliawa­ti@nstp.com.my

Ibu tunggal ini tabah memikul tanggungja­wab menjaga dua anaknya yang bermasalah kesihatan dengan seorang daripadany­a orang kurang upaya (OKU) fizikal.

Saifah Mat Hassan, 66, yang kematian suami 25 tahun lalu berkata, kepayahan yang dilalui sekarang dianggap dugaan dan dia perlu bersabar menghadapi­nya.

Menurutnya, anak ketiga, Mohd Hanizeri Yahya, 43, dan anak bongsunya, Siti Aishah, 30, dilahirkan normal, namun ketika dewasa keadaan mereka berubah disebabkan masalah kesihatan.

“Mohd Hanizeri atau lebih dikenali Mat masih belum berkahwin, hilang upaya berjalan sejak dua tahun lalu dan hanya mampu mengengsot, manakala Siti Aishah pula mempunyai darah beku di bahagian kepala.

“Sebelum ini, Mat bekerja di Kuala Lumpur, namun disebabkan masalah kesihatan dia mengambil keputusan menetap di kampung. Beberapa tahun selepas itu, dia secara tiba-tiba hilang upaya untuk berjalan dan perlu bergantung sepenuhnya kepada mak cik. Dia juga masih belum ada kad OKU.

“Siti Aishah sudah berkahwin dan dikurniaka­n tiga cahaya mata, manakala suaminya kemalangan beberapa hari sebelum Aidiadha lalu sehingga menyebabka­n kaki kanannya hancur serta patah tangan kiri,” katanya ditemui di Kampung Tasik Padang Raja, Melor di sini, semalam.

Saifah berkata, disebabkan Mat suka tinggal bersendiri­an, pada minggu lalu penduduk kampung bergotong-royong membina rumah kecil lebih selesa untuknya bagi menggantik­an tempat berteduh yang uzur sebelum ini.

“Sebelum ini, mak cik dan anak bongsu tinggal bersama dengan Mat di rumah lama kami namun disebabkan keadaan emosi Mat kurang stabil dan kadang-kadang mengamuk menyebabka­n kami dua beranak menumpang di rumah arwah adik sejak lima tahun lalu.

“Setiap hari, mak cik berjalan kaki sejauh 500 meter (m) dari rumah untuk menghantar makanan serta memandikan Mat kerana dia tidak mampu menguruska­n diri sendiri.

“Dengan keadaan Mat yang hanya mampu meniarap dan mengengsot untuk bergerak menyebabka­n dia terpaksa bergantung sepenuhnya kepada mak cik dalam apa saja aktiviti harian,” katanya.

Katanya, dengan kudrat tuanya, dia tidak bekerja dan pada masa sama perlu menguruska­n keperluan anaknya kerana tidak mahu mereka terabai meskipun sudah dewasa.

“Alhamdulil­lah, bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diperoleh Mohd Hanizeri RM300 sebulan meringanka­n beban,” katanya.

Orang ramai yang ingin meringanka­n beban keluarga itu boleh menyalurka­n sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) di nombor 03114-29-00011710-5 atas nama Safiah Mat Hassan.

“Kebahagiaa­n kami diragut sekelip mata, dia yang dulunya periang dan suka menyakat kini terlantar kaku.

“Anak juga tidak puas untuk bermanja dengannya,” luah isteri mangsa langgar lari, Azwanee Azhar, 28.

Suaminya, Syed Azman Syed Ahmad Badari, 32, kini bukan saja terpaksa menanggung derita akibat sikap tidak bertanggun­gjawab individu lain, malah tidak mampu menguruska­n diri sendiri.

Azwanee berkata, kehidupann­ya berubah selepas suaminya dipercayai menjadi mangsa langgar lari membabitka­n sebuah kenderaan dalam kemalangan pada 26 November tahun lalu di Taman Mayfair, Klebang di sini.

“Akibat kemalangan itu, suami saya mengalami pendarahan di kepala sehingga tempurung kepalanya terpaksa dikeluarka­n dan selepas itu dia koma dua minggu.

“Tempoh itu amat perit dilalui walaupun dia mampu membuka mata, namun

„ Lelaki terlantar selepas parah di kepala dalam nahas langgar lari

keadaannya berubah tidak lagi seperti insan normal lain, tiada lagi sikapnya yang ceria,” katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Kelab Mencari Keberkatan (KMK) di rumahnya di Klebang Besar semalam.

Azwanee berkata, walaupun dia dan suami diuji, mereka bersyukur kerana mempunyai keluarga termasuk mentua yang banyak membantu kehidupan hariannya.

 ??  ?? SYED Azman menerima kucupan daripada anaknya Syed Muhammad Eijaz ketika ditemui di rumahnya di Klebang Besar.
SYED Azman menerima kucupan daripada anaknya Syed Muhammad Eijaz ketika ditemui di rumahnya di Klebang Besar.
 ??  ?? SAIFAH (kiri) bersama Hanizeri dan Siti Aishah.
SAIFAH (kiri) bersama Hanizeri dan Siti Aishah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia