Harian Metro

Rosmah lunas lagi RM1 juta

- Murni Wan Omar murni@nstp.com.my

„ Dua wanita tiba di mahkamah jelas bayaran ansuran ikat jamin RM2 juta

Datin Seri Rosmah Mansor membayar RM1 juta lagi wang ikat jamin yang dikenakan terhadapny­a bagi 17 pertuduhan membabitka­n dirinya dengan pengubahan wang haram dan kegagalan membuat penyata tuntutan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Jumlah itu adalah ansuran daripada RM2 juta yang dikenakan Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi terhadap bekas isteri perdana menteri itu.

Sebelum ini, Rosmahmemb­ayar RM500,000 manakala baki bayaran RM500,000 lagi perlu dibuat sebelum 11 Oktober ini.

Dua wanita tiba di Kompleks Mahkamah itu jam 10.15 pagi semalam untuk menjelaska­n bayaran sebelum beredar jam 11.14 pagi.

Rosmah, 67, bagaimanap­un tidak kelihatan di mahkamah.

Pada 4 Oktober lalu, Rosmah mengaku tidak bersalah terhadap 12 pertuduhan membabitka­n diri dengan pengubahan wang haram berjumlah RM7 juta.

Beliau juga mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan gagal mengemukak­an penyata pendapatan kepada LHDN.

Rosmah didakwa membabitka­n diri dalam pengubahan wang haram dan menyebabka­n hasil daripada aktiviti itu berjumlah RM7,097,750 juta dimasukkan ke dalam akaun Affin Bank Berhad miliknya.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Tingkat Bawah, 148, Jalan Ampang dekat sini, antara 4 Disember 2013 hingga 8 Jun 2017.

Bagi perbuatan itu, Rosmah didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFPUAA) 2001 yang memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara hingga lima tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Rosmah didakwa atas lima pertuduhan gagal membuat suatu penyata bagi pendapatan yang dimasukkan ke dalam akaun Affin Bank miliknya itu.

Beliau didakwa gagal berbuat demikian sebagaiman­a yang dikehendak­i mengikut Seksyen 77 (1) Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53) dengan tiada sebab yang munasabah, bertentang­an dengan Seksyen 112 Akta Cukai Pendapatan 1967.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Lembaga Hasil Dalam Negeri, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini, antara 1 Mei 2014 hingga 1 Mei 2018.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) AMLATFPUAA 2001 yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang dari lima kali ganda jumlah atau hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi

Mahkamah menetapkan 8 November ini untuk sebutan semula.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia