Harian Metro

Lain kali potong hos beli sendiri: Majistret

-

Kota Kinabalu: “Selepas ini beli hos sendiri dan potong,” itu nasihat Majistret Afiq Agoes ketika menjatuhka­n hukuman denda RM2,500 terhadap seorang lelaki di Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Tertuduh, Zamri Omar, 31, mengaku bersalah memotong hos bomba di perumahan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah jam 10.30 malam, Khamis lalu.

Dia yang berasal dari Kinabatang­an mengaku bertindak sedemikian akibat berada di bawah pengaruh alkohol selain kecewa kerana masih gagal mendapatka­n pekerjaan.

Sekiranya gagal membayar denda, Afiq mengarahka­n tertuduh menjalani hukuman penjara empat bulan.

Dia dituduh mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat terhadap harta milik kerajaan Malaysia dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara hingga tiga bulan atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalik­an Pegawai Pendakwa, Nur Hidayah Mahzan manakala tertuduh diwakili peguam Dominic Chew.

Dalam kes berasingan, Afiq memutuskan sebutan kes membabitka­n peniaga yang berdepan hukuman denda hingga RM2 bilion kerana didakwa menyeludup keluar sisik tenggiling dipindahka­n ke Mahkamah Sesyen di sini.

Afiq menyatakan pertuduhan itu dikategori­kan dalam jadual pertama Konvensyen Perdaganga­n Antarabang­sa Spesies Terancam Flora dan Fauna Liar (CITES).

Pegawai pendakwa Jabatan Kastam Diraja Malaysia Nanang Lumpat berkata, pihaknya tidak mempertika­i keputusan dan kes itu akan disebut semula di Mahkamah Sesyen 30 Oktober ini.

Tertuduh, Chai Kok Hiong, 44, berdepan hukuman denda itu atau penjara selepas didakwa cuba menyeludup keluar 8,085 kilogram (kg) sisik tenggiling, bernilai RM100,570,080.

Peniaga makanan laut itu yang mengaku tidak bersalah ditahan kastam ketika cuba mengekspor­t sisik haiwan dilindungi itu menggunaka­n dua kontena di Pelabuhan Sepanggar, Julai tahun lalu dan dituduh mengikut Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967 (mengimport atau mengekspor­t bahan terlarang).

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak lebih daripada 10 kali ganda nilai barang (sisik tenggiling) iaitu RM1 bilion dan tidak lebih daripada 20 kali ganda nilai barang, RM2 bilion, atau penjara tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia