Harian Metro

Penat kumpul duit

- Amirul Aiman Hamsuddin cnews@nstp.com.my

„ Nelayan rugi RM5,000 enjin baru guna setahun dicuri

Tempoh dua tahun digunakan seorang nelayan untuk menyimpan wang bagi membeli enjin bot terpakai, namun nasib tidak menyebelah­i lelaki itu apabila perkakasan yang dibeli tidak sampai setahun dicuri orang.

Mangsa, Suhaimi Baharin, 35, hanya menyedari enjin jenis Suzuki 30 pada botnya yang berlabuh di Pengkalan Kampung Sungai Haji Dorani, di sini dilarikan kira-kira jam 11 pagi semalam ketika mahu meneruskan kerja membaiki kaburator enjin terbabit.

Justeru, dia yang hidup sebagai nelayan sepenuh masa kerugian hampir RM5,000.

Suhaimi ketika ditemui berkata, dia sempat membaiki enjin bot itu sekitar jam 11 malam, kelmarin.

“Penat-lelah saya kumpulkan duit selama dua tahun untuk membeli enjin bot cukup terasa apabila ia dicuri pihak tidak bertanggun­gjawab.

“Sebelum kejadian, saya turun ke pengkalan bagi membaiki bahagian karburator enjin bot itu dan pulang ke rumah sekitar jam 12 tengah malam untuk tidur.

“Sekitar jam 11 pagi semalam, saya turun semula ke pengkalan untuk melihat enjin sebelum menyedari bot saya terletak di atas tangga batu pengkalan tanpa enjin di dalamnya,” katanya.

Terkejut dengan kejadian itu, Suhaimi kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam, pada jam 1.38 tengah hari, kelmarin.

Perihatin dengan nasib menimpa Suhaimi, Ahli Parlimen Sungai Besar, Muslimin Yahaya menemuinya di Pengkalan Kampung Sungai Haji Dorani, semalam.

Muslimin berkata, pihaknya akan memohon bantuan awal daripada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Persatuan Nelayan Kecil (PNK) bagi meringanka­n beban Suhaimi.

“Seperti sedia maklum, ia kali pertama kejadian ini berlaku di pengkalan ini dalam tempoh 15 tahun.

“Kita minta pihak berkuasa memantau persekitar­an pengkalan ini supaya kejadian sama tidak berulang kembali,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia