Harian Metro

Sibuk tadah air

- Siraj Mohd Zaini cnews@nstp.com.my

„ Orang ramai sedia hadapi gangguan bekalan tiga hari

Orang ramai di beberapa kawasan yang dijangka berdepan gangguan bekalan air selama tiga hari sibuk membuat persiapan terakhir bermula semalam.

Tinjauan mendapati, kebanyakan penduduk membeli tong besar bagi menyimpan air sebaik menerima notis gangguan bekalan dari Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS).

Pengusaha gerai makanan, Mohd Annas Salim, 30, berkata, gangguan bekalan air itu dijangka mengganggu operasi gerainya.

“Saya beli pelbagai bekas menyimpan air, diharapkan SYABAS juga dapat menyediaka­n banyak lori tangki air supaya kami tidak terputus bekalan.

“Jika terputus bekalan air bersih, mungkin saya terpaksa menutup gerai jualan hingga bekalan air pulih,” katanya.

Sementara itu, seorang pengguna, Noor Atika Abu Bakar, 25, berkata, dia menerima notis awal melalui WhatsApp serta pihak pengurusan turut menampal notis di pangsapuri­nya.

“Saya memang buat persiapan awal dan tidak perlu beli tong kerana sudah ada ketika krisis air sebelum ini,” katanya.

“Saya anggarkan stok simpanan air di rumah cukup untuk tiga hari kerana saya bekerja dan hanya berada di rumah waktu pagi dan malam saja,” katanya.

Sebelum ini, dalam satu kenyataan SYABAS memaklumka­n gangguan bekalan air itu bagi memberi laluan kepada kerja penggantia­n perkakasan di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih.

Tempoh pemulihan bekalan air selepas pengoperas­ian semula loji kepada pelanggan berbeza-beza antara satu kawasan dengan kawasan lain.

 ??  ?? PENGGUNA menadah air sebagai persediaan menghadapi gangguan bekalan.
PENGGUNA menadah air sebagai persediaan menghadapi gangguan bekalan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia