Harian Metro

Sumbangan zakat bantu 18 hospital

-

Alam: Sebanyak RM11.8 juta diagihkan kepada 18 hospital dan institusi perubatan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, melalui Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia (TKPM) hasil sumbangan Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menyampaik­an sumbangan berkenaan dalam majlis di Hospital Shah Alam, di sini, semalam.

Ketua Pegawai Penyelaras LZS Abdul Basith Hamid berkata, sumbangan itu bagi meringanka­n bebanan pesakit beragama Islam yang kurang berkemampu­an serta memerlukan kos pembiayaan bagi menjalani rawatan di hospital.

Menurutnya, ia sumbangan fasa kedua kerana pihaknya menyalurka­n RM2.5 juta kepada tabung berkenaan Ramadan tahun ini.

“Ini menjadikan jumlah keseluruha­n sumbangan LZS bagi TKPM tahun ini sebanyak RM14.2 juta.

“Sumbangan dana yang diwujudkan sejak 2008, dalam bentuk bantuan kewangan kepada pesakit rakyat Selangor atau bermastaut­in di negeri ini yang tidak mampu mendapatka­n rawatan di hospital di Selangor, Kuala Lumpur atau Putrajaya,” katanya.

Turut hadir, isteri Menteri Besar Selangor Masdiana Muhammad, Pengerusi LZS Tan Sri Syed Anwar Jamalullai­l, Pengerusi Yayasan Institut Jantung Negara Toh Puan Datuk Seri Dr Aishah Ong, Timbalan Ketua Pengarah Perubatan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) Datuk Dr Azman Abu Bakar dan Pengarah Kesihatan Negeri Selangor Datuk Dr Khalid Ibrahim.

Sementara itu, Abdul Basith berkata, Yayasan Institut Jantung Negara menerima sumbangan RM1.4 juta, diikuti Hospital Kuala Lumpur (HKL) RM1.3 juta. “Institut Kanser Negara, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan Majlis Kanser Negara (MAKNA) masing-masing menerima RM1 juta.

“Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) terima RM750,000, diikuti Hospital Selayang, Hospital Sungai Buloh, Hospital Ampang dan Hospital Serdang masing-masing menerima RM600,000,” katanya.

 ??  ?? TENGKU Permaisuri Norashikin (tengah) penyampaik­an sumbangan zakat Selangor kepada Dr Azman.
TENGKU Permaisuri Norashikin (tengah) penyampaik­an sumbangan zakat Selangor kepada Dr Azman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia