Harian Metro

Belum bincang lantik ‘orang luar’

-

Lembaga pengarah Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) belum membincang­kan tindakan untuk melantik ‘orang luar’ sebagai ahli lembaga pengarahny­a, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Kami mengadakan mesyuarat lembaga pengarah sebulan yang lalu. Tiada perbincang­an mengenai perkara itu.

“Kami akan terus berbincang mengenai calon sesuai. Khazanah perlukan pasukan profesiona­l bagi menguruska­nnya,” katanya di luar acara Forum Megatrends Khazanah 2018 di sini, semalam.

Beliau juga berkata, dana kekayaan berdaulat itu memerlukan kehadiran ahli lembaga pengarah yang memahami selok-belok operasi Khazanah.

Berdasarka­n laporan media, Khazanah boleh melantik beberapa warga asing untuk menyertain­ya sebagai ahli lembaga pengarah sebagai sebahagia strategi memanfaatk­an pelbagai kepakaran.

Sumber memberitah­u pengasas firma kepintaran buatan terbesar dari China berkemungk­inan menjadi calonnya, yang juga mempunyai sokongan syarikat E-dagang gergasi dunia, Alibaba.

Mohamed Azmin berkata, kerajaan perlu meneliti cabaran baru beberapa program pembanguna­n strategik mengenai penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) dan pelaburan hijau.

“Ini adalah isu yang perlu diuruskan oleh Khazanah. Dari sudut komersial, Khazanah terbabit dengan pelbagai syarikat berbeza dalam memastikan pulangan yang baik dan positif,” katanya.

 ??  ?? AZMIN (kanan) bersama Pengarah Urusan Khazanah Nasional, Datuk Shahril Ridza Ridzuan ketika Forum Megatrends Khazanah, semalam.
AZMIN (kanan) bersama Pengarah Urusan Khazanah Nasional, Datuk Shahril Ridza Ridzuan ketika Forum Megatrends Khazanah, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia