Harian Metro

DANA SASAR 30% WANITA

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@nstp.com.my

Usaha SME Bank memperkena­lkan produk pembiayaan khusus kepada kaum wanita, MySMELady dilihat sebagai insiatif penting kepada kerajaan dalam mempercepa­tkan sasaran 30 peratus pembuat keputusan dari kalangan wanita.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, berdasarka­n Bancian Ekonomi 2016, jumlah usahawan wanita di Malaysia masih kecil iaitu di paras 20.6 peratus daripada jumlah keseluruha­n perusahaan kecil dan sederhana (PKS) negara.

Beliau berkata, kumpulan usahawan, khususnya golongan wanita perlu meningkatk­an ilmu serta kemahiran perniagaan serta bersedia untuk merebut segala peluang yang ada.

“Sebagai Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, saya mengalu-alukan produk pembiayaan seperti MySMELady ini.

“Saya berharap ia akan dapat membantu mengangkat martabat kaum hawa sebagai antara penyumbang utama ekonomi negara.

“Saya percaya produk ini juga akan membawa SME Bank ke tahap yang lebih tinggi pada masa akan daan tang,” katanya pada majlis perasmian dan pelancaran SME Bank XCESS 2018 serta dua produk baru bank itu di sini, semalam.

Selain itu, majlis itu turut menyaksika­n pengenalan MySMExport bagi pembiayaan sehingga RM5 juta dan mendapat akses kepada program sokongan Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) serta kemudahan perdaganga­n Bank Muamalat.

Bagi produk MySMELady, ia memberi kemudahan pembiayaan sehingga RM1 juta yang memberi pilihan kepada usahawan wanita untuk mendapatka­n pembayaran sehingga 30 peratus daripada jumlah pembiayare­ka menerusi kad debit Bank Islam.

Hadir sama, Menteri Pembanguna­n Usahawan, Mohd Redzuan Md Yusof dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Aria Putera Ismail.

Wan Azizah berkata, usahawan tempatan perlu lebih berdikari dan mencipta peluang sendiri dalam mengembang­kan perniagaan yang dijalankan, sekali gus dapat bersaing secara terbuka di pasaran antarabang­sa.

„ MySMELady beri kemudahan pembiayaan hingga RM1 juta

 ??  ?? DR Wan Azizah (tengah) diiringi Mohd Redzuan (dua dari kiri) dan Aria Putera (kiri) pada Majlis Pelancaran SME Bank XCESS 2018, semalam.
DR Wan Azizah (tengah) diiringi Mohd Redzuan (dua dari kiri) dan Aria Putera (kiri) pada Majlis Pelancaran SME Bank XCESS 2018, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia