Harian Metro

Pelaksanaa­n semula tender jejas 600 syarikat

-

Kuala Lumpur: Keputusan kerajaan melaksanak­an semula tender kerja bawah tanah projek Mass Transit Line 2 (MRT2) bagi kerja yang belum selesai menerusi proses tender terbuka antarabang­sa akan menjejaska­n lebih 20,000 tenaga kerja.

MMC Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd (MMC Gamuda) sebagai firma diberikan kontrak bagi kerja bawah tanah berkata, penamatan kontrak MMC Gamuda menjejaska­n lebih dari 600 syarikat dari rantaian sokongan terbabit.

Daripada angka itu, lebih daripada 3,000 pekerja terdiri daripada kakitangan MMC Gamuda JV, lebih daripada 60 peratus daripada mereka Bumiputera.

“Hal ini menyebabka­n kesulitan kepada sejumlah besar tenaga kerja mahir Malaysia dalam keadaan pasakata ran kerja yang lembap kini.

“Di samping itu, semakan semula Kementeria­n Kewangan (MOF) itu membuatkan hanya kontraktor asing saja layak mendapat kontrak kecuali MOF menurunkan paras kelayakan mereka.

“Firma asing dianugerah­kan kontrak ini bakal membawa dan menggunaka­n tenaga kerja mahir me- sendiri (dari negara asal firma yang dianugerah­kan itu),” katanya.

MMC Gamuda berkata, pihaknya belum menerima komunikasi atau pemberitah­uan daripada MRT Corp.

“Tiada pengesahan rasmi dari MRT Corp bahawa MMC Gamuda ditamatkan sebagai kontraktor bawah tanah bagi projek MRT2,” kenyataan itu.

MMC Gamuda juga katanya, terbuka untuk bekerjasam­a dengan Kementeria­n Kewangan (MOF) bagi membincang­kan langkah perlu diambil kedua-dua pihak untuk projek Transit Aliran Massa Laluan 2 (MRT2).

Katanya, langkah kerajaan mengurangk­an kos perbelanja­an projek MRT2 bernilai hampir AS$14 billion (RM58.13 bilion) menyebabka­n ada jurang perbelanja­an yang menggusark­an.

 ?? Jurucakap ?? MMC Gamuda belum menerima pengesahan penamatan kontraktor bawah tanah bagi projek MRT2. Firma asing dianugerah­kan kontrak ini bakal membawa dan menggunaka­n tenaga kerja mahir mereka sendiri”
Jurucakap MMC Gamuda belum menerima pengesahan penamatan kontraktor bawah tanah bagi projek MRT2. Firma asing dianugerah­kan kontrak ini bakal membawa dan menggunaka­n tenaga kerja mahir mereka sendiri”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia