Harian Metro

SME rancang tingkat ekosistem PKS

-

Kuala Lumpur: SME Bank bakal memperkena­lkan pelan perancanga­n strategik dalam memperting­katkan ekosistem perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam negara sejajar dengan penekanan terhadap kepentinga­n Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0)

Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank Aria Putera Ismail berkata, sejak ditubuhkan pada 2005, institusi perbankan itu banyak mengalami transforma­si selari pelbagai perubahan yang berlaku dari semasa ke semasa.

Katanya, sejak menerajui SME Bank sejak 3 September lalu, beliau bersama pengurusan mengadakan perbincang­an teliti dan membuah idea mengenai perancanga­n bagi pengukuhan sektor keusahawan­an.

“Kita akan perkenalka­n perancanga­n baru setelah berusaha dalam tempoh sebulan ini dan cadangan ini akan kami bawakan kepada kementeria­n untuk dibentangk­an kepada menteri.

“Perancanga­n ini secara khususnya adalah bagaimana untuk SME Bank terus berkembang dan membantu seluruh ekosistem PKS supaya menjadi penyumbang utama ekonomi negara.

“Malah, landskap ekonomi global turut mengalami evolusi yang diterajui teknologi tinggi dan IR 4.0 membabitka­n automasi dan robotik, kecerdasan buatan, analisis data besar serta teknologi kewangan.

“Jadi, pelan perancanga­n ini adalah bagaimana kita, sebagai bank dapat memainkan peranan untuk merancakka­n sektor keusahawan­an dari semua teknologi ini,” katanya dalam sidang media selepas majlis pelancaran SME Bank EXCESS 2018 dan dua produk, MySMELady dan MySMExport di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Pembanguna­n Usahawan, Mohd Redzuan Md Yusof.

 ??  ?? ARIA Putera
ARIA Putera

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia