Harian Metro

4 BERADIK MATI BERSAMA

- Agensi

Empat beradik dan suami mereka antara 20 mangsa yang maut selepas sebuah limosin yang dinaiki untuk satu majlis sambutan ulang tahun kelahiran terbabas di satu persimpang­an, melanggar dua pejalan kaki sebelum terhumban ke dalam gaung.

Abigail Jackson, Mary Dyson, Allison King dan Amy Steenburg yang menuju ke parti sambutan ulang tahun kelahiran mereka terbunuh bersama suami masing-masing iaitu Adam Jackson, Robert Dyson dan Axel Steenburg.

Kemalangan itu berlaku pada jam 2 petang (waktu tempatan) di Schohaire, New York.

Turut terbunuh adalah pemandu limosin, Scott Lisinicchi­a, pasangan Erin dan Shane McGowan yang baru berkahwin, sepupu Erin, Patrick Cushing serta sepupu Axel, Rich Steenburg.

Secara keseluruha­n, seramai 18 penumpang limosin itu dan dua pejalan kaki maut dalam tragedi pengangkut­an terburuk di Amerika Syarikat sejak sebuah pesawat terhempas pada 2009 yang menyebabka­n 50 orang terbunuh.

Mail Online melaporkan, kenderaan berkenaan dilaporkan menuruni bukit tetapi gagal berhenti di persimpang­an yang mungkin berpunca daripada kegagalan brek berfungsi atau kecuaian pemandu.

Ia kemudian merempuh sebuah kenderaan dan dua pejalan kaki di tempat letak kenderaan sebuah pasar raya sebelum terhumban ke dalam gaung.

Bagaimanap­un, polis enggan membuat spekulasi mengenai punca kemalangan berkenaan.

Beberapa ahli keluarga mangsa memberitah­u Washington Post, kumpulan itu sebenarnya menyewa sejenis bas untuk membawa mereka ke parti berkenaan di Cooperstow­n.

Namun, bas itu rosak ketika dalam perjalanan dan syarikat sewa kenderaan

„ Terbunuh dalam kemalangan yang korbankan 20 nyawa

menggantik­annya dengan sebuah limosin yang panjang.

Ibu saudara Erin, Valerie Abeling memberitah­u, wanita itu berang dengan keadaan limosin itu dan menghantar mesej kepada kakaknya dengan berkata, ‘Kereta ini dalam keadaan yang teruk.’

Selepas 20 minit Erin menghantar mesej berkenaan, dia dimaklumka­n Erin terbunuh selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya.

 ??  ?? ANGGOTA penyelamat menarik keluar limosin berkenaan yang terhumban ke dalam parit. - Agensi
ANGGOTA penyelamat menarik keluar limosin berkenaan yang terhumban ke dalam parit. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia