Harian Metro

Tikam kepala kerana sukar bernafas

-

Moscow: Seorang lelaki hampir maut selepas menikam kepalanya dengan pisau atas alasan untuk membantuny­a bernafas.

Mail Online melaporkan, lelaki itu yang dikenali sebagai Yury Zhokhov, 41, ditemui polis berlutut di sebuah padang di bandar Donetsk dengan sebilah pisau terpacak di kepalanya.

Satu video yang dirakamkan polis menunjukka­n lelaki itu dengan tenang berbual dengan anggota polis yang menemuinya.

“Siapa yang menikam kamu?” kata anggota polis itu yang mengarahka­n lelaki itu tidak menggerakk­an kepalanya kerana bimbang dia akan mati serta-merta.

Zhokhov dengan tenang memberitah­u: “Saya tidak boleh bernafas dengan hidung, jadi saya cucuk kepala saya.

“Kepala saya tidak boleh bernafas tetapi pisau ini terlekat di kepala.”

Lelaki itu kemudian segera dibawa ke hospital dan imbasan X-ray menunjukka­n pisau itu tertanam di kepalanya dengan dalam.

Doktor memberitah­u, ia satu keajaiban kerana lelaki itu tidak terbunuh atau mengalami kecederaan otak yang serius.

Tambah doktor, lelaki itu masih hidup kerana pisau itu hanya menembusi celah otaknya sekali gus tidak mencederak­an organ penting berkenaan.

Lelaki itu kemudianny­a menjalani pembedahan untuk mengeluark­an pisau berkenaan dan dia hanya berdepan risiko mengalami jangkitan kuman. Agensi

 ??  ?? GAMBAR X-ray menunjukka­n kedalaman pisau itu menembusi kepala Zhokhov. - east2west news ZHOKHOV dibawa ke hospital dengan pisau masih terpacak di kepalanya. - east2west news
GAMBAR X-ray menunjukka­n kedalaman pisau itu menembusi kepala Zhokhov. - east2west news ZHOKHOV dibawa ke hospital dengan pisau masih terpacak di kepalanya. - east2west news
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia