Harian Metro

Pelajar mula kembali ke sekolah, bersihkan kelas

- Agensi

Kanak-kanak mula kembali ke sekolah untuk membersihk­an kelas, selain membantu mengumpul data mengenai jumlah pelajar yang masih hidup, 10 hari selepas dilanda gempa bumi 7.5 magnitud dan tsunami, dengan jumlah kematian sehingga semalam dicatatkan 1,944 orang.

Jurucakap tentera M Thohir memberitah­u AFP jumlah mayat dijangka meningkat memandangk­an usaha mencari masih dilakukan sehingga 11 Oktober ini.

Pihak berkuasa percaya sehingga 5,000 orang hilang di dua kawasan yang paling teruk terkesan bencana yang melanda pada 28 September itu.

Tiada harapan ada lagi mangsa terselamat, sebaliknya pencarian kini memfokuska­n menghimpun­kan mayat dan mengira jumlah kematian.

Semalam, pelajar mula kembali ke sekolah selepas menerima pesanan melalui Facebook dan WhatsApp.

Seorang pengetua, Kasiludin berkata, pihak berkuasa mengarahka­n semua guru hadir ke sekolah bermula hari ini untuk merekodkan jumlah pelajar.

“Kami tidak akan memaksa pelajar kembali ke sekolah kerana ramai masih trauma. Tetapi kami perlu bermula segera untuk memulihkan kembali semangat mereka dan bagi memastian mereka tidak ketinggala­n.

“Sekolah ini kehilangan tujuh orang pelajar dan seorang guru,” katanya kepada Reuters.

Seorang lagi guru besar, Abdul Rashid berkata, pihaknya masih menunggu arahan lanjut Kementeria­n Pendidikan.

“Kelas belum bermula, setakat ini kami cuma mahu mengumpul maklumat mengenai pelajar yang terselamat.

“Buat masa ini, kami semua belum bersedia memulakan pembelajar­an semula. Kanak-kanak semua masih trauma dan ketakutan,” katanya. Seorang murid, Muhammad Islam Bintang Lima memberitah­u Reuters: “Saya tidak tahu apa nasib ramai kawan saya. Saya cuba berfikiran positif dan berharap mereka okay.”

Tempo pada Ahad memetik Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) berkata, ribuan sekolah musnah dalam bencana berkenaan dan kerajaan akan membina sekolah sementara.

 ??  ?? PELAJAR membersihk­an sekolah mereka. - Reuters
PELAJAR membersihk­an sekolah mereka. - Reuters
 ??  ?? SEBAHAGIAN tembok sekolah yang dihanyutka­n tanah cair kelihatan antara puing dan runtuhan di Balaroa. - AFP
SEBAHAGIAN tembok sekolah yang dihanyutka­n tanah cair kelihatan antara puing dan runtuhan di Balaroa. - AFP
 ??  ?? SEORANG wanita yang hilang tiga anaknya memegang patung di runtuhan kediamanny­a. - Reuters
SEORANG wanita yang hilang tiga anaknya memegang patung di runtuhan kediamanny­a. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia