Harian Metro

BAGAIKAN ‘EMAS’ BIARPUN GANGSA

- Haika Khazi mfaizul@nstp.com.my

„ Mohd Najib tetap berpuas hati kerana sasar kutip pingat

Biarpun hanya gangsa yang mampu diraihnya dalam acara basikal ujian masa individu lelaki C4 lebuh raya Sukan Para Asia Jakarta 2018 di Litar Antarabang­sa Sentul, Bogor, Indonesia semalam, Mohd Najib Turano melabel kejayaan itu seolah-olah ‘emas’ buat dirinya.

Apakan tidak, dia terpaksa menahan kesakitan sambil berkayuh sekuat hati untuk menamatkan perlumbaan sejauh 20 kilometer (KM) itu dan gangsa yang diperolehn­ya adalah pingat pertama Malaysia menerusi acara basikal para.

Mohd Najib menduduki tempat ketiga selepas mencatat 29 minit 57.243 saat, ketinggala­n 1:59.603s di belakang pelumba China, Guoping Wei (27:57.640s) yang memenangi emas, diikuti perak oleh peserta tuan rumah, Muhammad Fadli Immamuddin (28:21.835s).

“Saya bersyukur kerana berjaya menaiki podium dan menghadiah­kan pingat pertama untuk kontinjen Malaysia dalam acara berbasikal biarpun diberikan saingan hebat pelumba China dan Indonesia.

“Saya memang meletakkan sasaran peribadi untuk menang emas dalam acara ini namun apakan daya kerana kaki kiri saya sakit dan masalah saraf yang dialami sebelum ini kembali menghantui,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Bagaimanap­un, Mohd Najib tetap berpuas hati dengan pencapaian itu kerana dia tidak diletakkan sasaran untuk menang pingat dalam acara berkenaan gara-gara masalah kesihatan yang dihadapiny­a sebelum ini.

Mohd Najib dijangka turun beraksi dalam empat lagi acara termasuk lepas beramai ramai (lebuh raya), pecut berpasukan campuran, 1km dan acara kegemarann­ya 4km yang turut menyaksika­nnya menjadi sandaran meraih emas.

Bagaimanap­un, dia menjangkak­an pelumba China dan Iran akan menjadi penghalang utama Malaysia dalam acara 4km dan pecut berpasukan campuran.

Secara keseluruha­n, skuad berbasikal para negara menghadiah­kan dua perak dan satu gangsa menerusi acara yang disertai Mohd Najib serta ujian masa tandem 30 kilometer (km) lebuh raya (ITT) lelaki dan wanita (B).

Gandingan Mohd Khairul Hazwan Wahab dan jurumudi, Mohd Nur Ridzuan Zainal yang turun beraksi dalam acara ITT lelaki (B) menyumbang­kan perak selepas mencatat 31 minit: 39.844 saat, ketinggala­n di belakang pemenang emas dari Jepun, Kimura Kazuhie dan pasanganny­a (30:25.514s), manakala gangsa milik peserta tuan rumah Herman Halawa (32:03.287s).

Satu lagi perak diperoleh menerusi Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais dan Nurul Suhada Zainal (30:57.697s) menerusi acara tandem ITT wanita (B).

Emas acara itu dimenangi gandingan Korea Selatan (30:49.522s), manakala pingat gangsa milik peserta tuan rumah yang mencatat (31:11.080s).

 ?? Mohd Najib Turano ?? MOHD Najib bersama pingat gangsa dimenangi menerusi acara ujian masa lelaki C4 di Sukan Para Asia, semalam. Saya bersyukur kerana berjaya menaiki podium dan menghadiah­kan pingat pertama untuk kontinjen Malaysia dalam acara berbasikal biarpun diberikan saingan hebat pelumba China dan Indonesia”
Mohd Najib Turano MOHD Najib bersama pingat gangsa dimenangi menerusi acara ujian masa lelaki C4 di Sukan Para Asia, semalam. Saya bersyukur kerana berjaya menaiki podium dan menghadiah­kan pingat pertama untuk kontinjen Malaysia dalam acara berbasikal biarpun diberikan saingan hebat pelumba China dan Indonesia”
 ??  ??
 ??  ?? MOHD Khairul Hazwan (belakang) bersama jurumudiny­a meraih pingat Perak.
MOHD Khairul Hazwan (belakang) bersama jurumudiny­a meraih pingat Perak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia