Harian Metro

Zii Jia punya potensi besar: Misbun

- Fabian Peter fabian.mark@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Ketua jurulatih perseorang­an lelaki negara, Datuk Misbun Sidek

tidak menjangka Lee Zii Jia mampu melakar kejutan dengan meraih gelaran Terbuka Taiwan, kelmarin.

Pemain berusia 20 tahun itu yang diketepika­n selama sebulan kerana kecederaan belakang mencipta kebangkita­n bergaya dengan menewaskan wakil Jepun, Riichi Tekeshita 21-17, 16-21, 21-11.

Kejayaan Zii Jia itu juga menamatkan penantian 14 tahun Malaysia untuk memenangi gelaran Terbuka

(gambar)

Taiwan.

Datuk Lee Chong Wei yang kembali ke Kuala Lumpur kelmarin selepas dua bulan menjalani rawatan kanser hidung di Taiwan adalah pemain terakhir Malaysia memenangi kejohanan berkenaan pada 2004.

Ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM) semalam, Misbun berkata: “Sudah tentu saya terkejut.

“Sebelum ini dia tidak begitu konsisten. Dia masih mencari rentak permainann­ya dan berasa tidak pasti apabila bertemu pemain utama dunia.

“Menyaksika­n perlawanan­nya di Taiwan, apa yang boleh saya katakan ialah dia sudah menemui rentak. Zii Jia mempunyai potensi besar.

“Saya berharap dia terus merendah diri selepas kemenangan ini dan memperbaik­i segala kelemahan.

“Secara peribadi saya rasa dia ada melakukan kesilapan mudah. Kini selepas dia menang, pemain lain akan mengkaji corak permainann­ya dan cuba menggunaka­nnya apabila bertemunya lagi pada masa depan.”

Misbun menambah, pemain utama boleh datang dan pergi tetapi yang paling penting adakah mereka boleh mengikuti modul latihan tertentu.

“Adalah amat penting untuk melihat adakah program latihan itu sesuai untuknya.

“Dari situ kita akan tahu apa yang sepatutnya perlu dilakukan,” kata Misbun yang juga bekas pemenang Terbuka Taiwan pada 1987.

Zii Jia yang ketika ini menduduki ranking ke-60 dunia akan beraksi di Terbuka Macau dari 30 Oktober sehingga 4 November.

 ??  ?? ZII Jia julang trofi Terbuka Taiwan.
ZII Jia julang trofi Terbuka Taiwan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia