Harian Metro

10 jenis sukan bakal disenarai semula

- Jugjet Singh jugjet@nstp.com.my Naqib Nor Said naqib@nstp.com.my

pembukaan.

Anak buah Saiful dijadualka­n menentang New Zealand, hari ini.

“Mereka belum bersedia. Sembilan pemain saya baru membuat kemunculan sulung di pentas antarabang­sa dan walaupun beraksi baik ketika Jelajah China sebelum ini, mereka tidak mampu menandingi permainan Australia,” katanya.

Malaysia, India dan Australia terpaksa melepaskan pemain terbaik masing-masing yang beraksi di Sukan Olimpik Remaja di Buenos Aires.

“Ya, kami amat terasa kehilangan lapan pemain kami yang ke Buenos Aires tetapi saya tidak mahu menjadikan ia sebagai alasan.

“Ia akan terus melemahkan semangat pasukan. Apapun, saya akui pemain yang disenaraik­an ke SOJC kali ini belum bersedia sepenuhnya,” kata bekas penyerang Olimpik negara itu.

Sukan Olimpik Remaja menggunaka­n format permainan 5 sebelah dan Malaysia tidak berdepan masalah membelasah pasukan kerdil Vanuatu 14-0 dalam aksi pembukaan dan akan berdepan Mexico selepas ini.

Sebahagian besar pemain skuad SOJC ini akan memainkan tugas apabila Malaysia mengharung­i kempen kelayakan Piala Dunia Remaja selepas ini dengan baki pemain berada di Argentina.

“Dari sudut positif, saya berharap pemain muda ini akan menjadikan pendedahan ditimba di SOJC sebagai proses pengajaran berguna. Sekarang kami tiada pilihan selain menewaskan New Zealand dan Jepun untuk menamatkan saingan dalam kelompok empat terbaik,” katanya.

Sebagai rekod, kali terakhir pasukan remaja negara berdepan skuad Kiwi di Piala Dunia Remaja 2016 berkesudah­an dengan kekalahan 1-3 dalam aksi penentuan tempat ke-9 hingga ke-12. Kuala Lumpur: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) memberi gambaran positif bahawa 10 daripada 13 jenis sukan yang tidak berada dalam senarai awal tuan rumah Sukan SEA Filipina 2019 berpeluang cerah dimasukkan semula.

Menurut Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Mohd Nazifuddin Mohd Najib

khabar positif itu diterimany­a ketika menghadiri mesyuarat Persekutua­n Sukan SEA (SEAGF) di Bangkok, Thailand minggu lalu.

“Daripada 13 jenis sukan yang kita rayu untuk disenaraik­an ke Sukan SEA 2019, kita dapati hanya tiga sukan iaitu kriket, jet ski dan bola jaring masih dalam pertimbang­an.

“Baki lagi 10 sukan sudah berada dalam senarai tuan rumah (Filipina) tapi keputusan akhir hanya akan diputuskan pada mesyuarat SEAGF bulan depan,” katanya.

Jika benar, Malaysia sekurang-kurangnya berpeluang menyelamat­kan 39 pingat emas yang dimenangi pada

(gambar),

edisi 2017 di Kuala Lumpur dengan lapan daripada 10 jenis sukan yang bakal disenaraik­an semula itu adalah penyumbang emas negara sebelum ini.

Antara sukan berkenaan adalah berbasikal trek yang memenangi 11 emas, boling padang (7), pencak silat (10), luncur air (4), luncur ais (5), hoki (3), petanque (2) dan ragbi 7 sebelah (1).

Mengulas lanjut, Nazifuddin berkata, pihaknya sedia berbincang dengan wakil sukan kriket, jet ski dan bola jaring untuk mencari jalan sebelum mesyuarat bulan depan.

“Saya rasa masih ada peluang cuma kita kena lihat kekangan yang dihadapi pihak penganjur supaya negara Sukan SEA dapat bekerjasam­a untuk mengatasi masalah berkenaan,” katanya.

Bola jaring dan kriket turut menjadi penyumbang emas negara pada temasya dwitahunan itu tahun lalu apabila masing-masing memenangi satu emas.

„ Saiful akui pemain belum sedia aksi kompetitif

 ??  ?? PEMAIN negara bertemu Australia pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor, kelmarin.
PEMAIN negara bertemu Australia pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor, kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia