Harian Metro

‘Bukan niatku’

-

Khabib mohon maaf atas kekecohan, dakwa McGregor selalu sentuh hal peribadi

menyentuh hal peribadi.

Dalam sidang media selepas berakhirny­a perlawanan, Khabib memohon maaf kepada Suruhanjay­a Olahraga Nevada dan Las Vegas dengan berkata: “Pertama sekali, saya ingin memohon maaf kepada suruhanjay­a sukan ini dan Las Vegas. Ini bukan diri saya yang terbaik, saya hanya manusia biasa.

“Dia (McGregor) bercakap mengenai agama, negara dan ayah saya. Ayah saya mengajar saya untuk menghormat­i orang lain. Tapi, Conor hampir membunuh dua orang di dalam bas (insiden sebelum ini).”

McGregor sebelum ini melabel pengurus Khabib, Ali Abdelaziz sebagai ‘pengganas’ dan ‘tikus’, serta memperkeci­lkan tindakan Khabib dan orang Islam yang tidak minum arak. Juara lightweigh­t itu memohon supaya dia dihormati, tetapi berkata ayahnya pasti akan memarahiny­a berikutan tindakan dilakukann­ya selepas perlawanan itu.

“Sukan ini adalah sukan yang dihormati. Bukannya sukan sampah. Saya tak mahu bercakap ‘buruk’ mengenai lawan, ayah saya, agama atau negara, itu yang paling penting. (Vladimir) Putin (Presiden Russia) baru menelefon saya dengan berkata beliau sangat bangga dengan saya dan kejayaan saya. Tapim ayah pasti akan marah apabila saya balik ke rumah kerana apa yang saya lakukan selepas perlawanan.”

Mengenai perlawanan itu, Khabib berkata: “Saya tidak pernah tewas, tidak boleh dipertikai­kan lagi juara lightweigh­t UFC.”

Presiden UFC, Dana White sebelum ini berkata, McGregor enggan membuat apa-apa dakwaan berikutan insiden serangan selepas perlawanan itu.

Mengenai hukuman yang bakal dikenakan terhadap Khabib yang memegang rekod kemenangan 27-0, beliau berkata: “Saya tidak 100 peratus pasti yang gelaran Khabib tidak akan

ditarik.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia