Harian Metro

Vietnam penganjur baru GP Formula Satu?

- Agensi

Suzuka (Jepun): Rancangan untuk menganjurk­an Grand Prix (GP) Vietnam pada 2020 mungkin menjadi kenyataan, menurut Pengarah Perlumbaan Formula Satu, Charlie Whitling yang mengadakan lawatan ke tempat yang dicadangka­n di Hanoi, minggu lalu.

Bercakap kepada pemberita di Grand Prix Jepun pada hujung minggu lalu, lokasi perlumbaan yang dicadangka­n di jalan raya sudah dikenal pasti - di bahagian barat ibu negara itu dengan jarak 12 kilometer dari tengah bandar, biarpun kerja pembinaan masih belum dijalankan.

“Ia masih dalam peringkat rekaan,” katanya yang mengadakan lawatan ke Vietnam ketika tamatnya perlumbaan di GP Russia dan sebelum berlangsun­gnya GP Jepun.

“Setakat apa saya tahu, mereka merancang untuk grand prix 2020, yang sepatutnya tidak menjadi masalah berdasarka­n pengalaman terdahulu.”

Pengurusan Formula Satu (F1) meluahkan minat untuk penganjura­n perlumbaan di Vietnam, dengan Hanoi dilihat sebagai ‘bandar destinasi’ sukan yang dicari.

Perjanjian kontrak bagaimanap­un masih belum disahkan dan banyak spekulasi yang timbul mengenai perjanjian itu. – Reuters

„

Khabib Nurmagomed­ov memohon maaf susulan kekecohan selepas perlawanan yang menyaksika­nnya mengekalka­n rekod bersih di UFC 229 dengan menewaskan Conor McGregor, namun pada masa sama dia mendakwa lawan serta pasukannya sudah beberapa kali melanggar batasan dengan

 ??  ?? KHABIB (kiri) mohon maaf atas serangan dilakukann­ya ke atas McGregor selepas perlawanan.
KHABIB (kiri) mohon maaf atas serangan dilakukann­ya ke atas McGregor selepas perlawanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia