Harian Metro

‘BUKAN SALAH MAHREZ’

- AFP

Liverpool

„ Guardiola ambil tanggungja­wab kegagalan pemainnya sempurnaka­n penalti di Anfield

Pep Guardiola mengambil tanggungja­wab penuh kerana memberi kepercayaa­n kepada Riyad Mahrez ketika pemain itu gagal menyempurn­akan penalti, lima minit sebelum tamat aksi yang menyebabka­n Manchester City sekadar seri 0-0 di Liverpool.

Keputusan seri itu mengekalka­n rekod tanpa kalah kedua-dua pasukan dalam Liga Perdana tetapi mereka gagal mengekalka­n rentak awal untuk pemburuan gelaran ketika Chelsea juga terikat di kedudukan teratas dengan 20 mata selepas lapan perlawanan.

“Saya melihatnya setiap hari dalam sesi latihan, saya melihatnya berlatih penalti setiap hari dan ia memberikan saya lebih keyakinan,” kata Guardiola.

Ketika dihadiahka­n sepakan penalti, Guardiola mengarahka­n Gabriel Jesus yang sebelum itu menggantik­an tugas Sergio

Aguero untuk memberikan bola kepada

Mahrez.

Bagaimanap­un, rekod buruk bintang Algeria itu untuk sepakan penalti berterusan ketika pemain dengan rekod termahal dibeli City berkenaan gagal melakukann­ya untuk kali keempat dalam enam kali apabila menyepak melepasi palang.

Tidak seperti empat pertemuan antara kedua-dua pasukan dalam dua musim lalu apabila Liverpool menewaskan juara England itu tiga kali, pertembung­an paling dinantikan itu hambar, apabila kedua-duanya gagal menemui sasaran sehingga selepas sejam.

Guardiola bagaimanap­un mengakui perancanga­nnya untuk menerap rentak permainan lebih perlahan bagi menyekat Liverpool dan bergantung kepada serangan balas pantas tampak berhasil.

“Jika ia perlawanan terbuka di Anfield, anda tidak akan mendapat satu peratus pun peluang,” kata Guardiola.

“Di atas dan bawah mereka adalah pasukan terbaik dunia. Bermain dalam keadaan itu tiada siapa yang lebih bagus. Mereka dibina untuk itu,

Jurgen (Klopp) membinanya untuk itu. Dalam situasi itu mereka jauh lebih baik berbanding kami.”

Selepas tewas dalam tiga kunjungan sebelum ini ke Anfield selaku bos City, Guardiola mengambil perkara positif apabila mencuri satu mata dari gelanggang yang sama juara itu tewas musim lalu.

“Kami semakin hampir untuk menang di sini. (Seri) lebih baik berbanding musim lalu apabila kami juga tewas,” kata Guardiola ketika City masih menanti kemenangan pertama di Anfield sejak 2003.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia