Harian Metro

Saya gembira penalti tak masuk: Van Dijk

-

Liverpool: Virgil van Dijk cukup lega selepas Liverpool tidak tewas apabila dia menghadiah­kan penalti kepada Manchester City pada penghujung aksi dan bernasib baik kerana Riyad Mahrez gagal menyempurn­akan sepakan.

City yang juga juara bertahan Liga Perdana Inggeris, diberikan ‘hadiah’ terbesar untuk pulang selaku pemenang di Anfield buat kali pertama sejak

2003, apabila Van Dijk menjatuhka­n Leroy Sane di dalam kotak penalti, lima minit sebelum tamat perlawanan.

Namun, Mahrez yang menjadi pemain paling mahal kelabnya, menyepak bola tinggi dan kebiasaann­ya, Sergio Aguero diberi tugas mengambil sepakan penalti, namun pemain Argentina itu sudah dikeluarka­n Pep Guardiola.

“Memang kurang bijak untuk jatuh di sana,” kata

Van Dijk kepada

Sky Sports.

“Ia penalti dan tidak sepatutnya berlaku, tetapi

saya gembira kerana ia tidak masuk,” katanya sambil menegaskan, dia menyaksika­n sepakan penalti, bukannya seperti sesetengah pemain yang tidak sanggup melihatnya.

“Saya melihatnya kerana saya mahu bertindak balas jika bola muntah,” jelas Van Dijk. “Mereka beraksi bagus, kami juga begitu sehinggala­h kepada detik penalti itu.

“Kami tidak bernasib baik kerana gagal menjaringk­an gol. Ia perlawanan yang sukar menentang juara, dan saya gembira kami mengekalka­n aksi tanpa bolos,” AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia