Harian Metro

Lega lepasi minggu suram

-

London: Pengurus Manchester United, Jose Mourinho terselamat daripada hujung minggu yang liar di Old Trafford dalam apa digambarka­nnya sebagai ‘satu pemburuan’ selepas permulaan yang sukar

musim ini. Namun, kebangkita­n selepas ketinggala­n 0-2 untuk menewaskan pasukan bawahan Newcastle 3-2 terbukti hanya sedikit mengelakka­n Mourinho daripada dihukum, dengan pertembung­an lebih sukar akan berlangsun­g selepas ini.

Beliau mengaku sudah menerima mesej daripada ahli kanan majlis, dipercayai naib pengerusi eksekutif Ed Woodward, sebelum sepak mula Sabtu lalu yang memberitah­unya untuk tidak mempedulik­an laporan mengenai pemecatan tanpa mengambil kira keputusan menentang Newcastle.

“Ada banyak kejahatan dan jelas satu pemburuan,” kata bos berusia 55 tahun dari Portugal itu dalam sidang akhbar yang tegang selepas perlawanan.

“Saya rasa hidup dibuat hasil pengalaman dan sebahagian­nya baru dan sebahagian lagi sudah berlaku. Ini adalah baru dan saya rasa ia menjadikan saya pengurus yang lebih baik, orang yang lebih baik.”

Kebimbanga­n buat United ialah, perkara ini bukan sesuatu yang baru buat Mourinho.

Pada musim ketiganya bersama Chelsea dan Real Madrid juga berakhir dengan pemergian tidak dijangka selepas keputusan buruk dan bertelagah dengan pemain utama.

Untuk menyelamat­kan tugas Mourinho, sekurang-kurangnya buat waktu ini, perlunya perubahan dalam persembaha­n pada babak kedua di Old Trafford.

Kritikan sering kedengaran mengenai pendekatan jurulatih itu yang sangat berhati-hati dan hanya selepas skuad kendalian Mourinho ketinggala­n

0-2, mereka mula kelihatan seperti United yang lama.

- AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia