Harian Metro

Sevilla ‘cantas’ Barca

- AFP

„ Jadi pendahulu La Liga selepas skuad kendalian Valverde tercicir mata diikat Valencia

Sevilla melakukan kejutan apabila mendahului carta La Liga, selepas Lionel Messi hanya mampu menyelamat­kan Barcelona dengan keputusan seri 1-1, ketika berdepan Valencia, awal pagi semalam.

Barca memulakan saingan dengan kedudukan teratas liga dan kemudian Atletico Madrid meraikan seketika kedudukan di puncak apabila mengatasi Real Betis 1-0, di Wanda Metropolit­ano.

Sevilla bagaimanap­un mengatasi kedua-dua pasukan itu apabila tewaskan Celta

Vigo yang bermain 10 orang dengan kemenangan

2-1 dan Barca gagal kembali ke puncak selepas diikat Valencia di Mestalla dalam perlawanan selepas itu.

Ia bermakna, skuad kendalian Ernesto Valverde kini satu mata di belakang Sevilla, dan tanpa kemenangan dalam liga selepas empat

perlawanan, Barcelona jelas semakin merosot selepas kejayaan mengatasi Tottenham pada saingan Liga Juara-Juara, awal pagi Khamis lalu.

Messi yang menyerlah di Wembley, kembali mendapat sentuhan apabila sepakannya ke penjuru pada minit ke-23 menyamakan kedudukan selepas jaringan pelik buat Valencia, hanya selepas 78 saat perlawanan berlangsun­g.

Ezequiel Garay menjaringk­an gol untuk Valencia selepas sepakan penjuru Daniel Parejo disentuh Geoffrey Kondogbia dan Thomas Vermaelen pula terlepas sebelum bola melintasi belakang Gerard Pique.

Philippe Coutinho sepatutnya mampu memberikan kemenangan buat Barcelona pada babak kedua, tetapi dia mengambil masa terlalu lama untuk melepaskan sepakan dan Jose Gaya berjaya menampan.

“Apabila kami tidak menang, kami sentiasa berfikir ia adalah kehilangan dua mata,” kata Valverde.

“Selepas jaringan Messi, kami mencuba semuanya tetapi mereka bertahan dengan baik dan kami tidak dapat jaringan yang kami mahukan.”

Bagi Valencia, yang kini tidak tewas dalam enam perlawanan, keputusan itu adalah langkah yang baik, kerana walaupun mereka gagal mendapat kemenangan, berjaya melonjak naik ke tangga ke-14 liga.

 ??  ?? PEMAIN Sevilla meraikan kemenangan ke atas Celta Vigo. GARAY (kiri) menjaringk­an gol buat Valencia
PEMAIN Sevilla meraikan kemenangan ke atas Celta Vigo. GARAY (kiri) menjaringk­an gol buat Valencia
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia