Harian Metro

Sumareh belum lapor diri

- Farah Azharie dan Nazri Abu Bakar sukanteam@nstp.com.my

Melaka: Pemain naturalisa­si pertama negara, Mohamadou Sumareh masih belum melaporkan diri untuk sesi latihan skuad kebangsaan yang berlangsun­g di Stadium Hang Tuah, semalam.

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe berkata, pihak pengurusan masih lagi berurusan dengan Persatuan Bolasepak Pahang (PBNP) mengenai urusan pelepasan pemain kelahiran Gambia itu untuk mengikuti sesi latihan dan perlawanan persahabat­an berdepan Sri Lanka di Colombo pada 12 Oktober dan Kyrgyzstan, 16 Oktober ini.

“Dia mampu memperkasa­kan pasukan melalui pengalaman­nya. Saya akan meletakkan dia di posisi sama seperti di dalam skuad Pahang.

“Namun, mungkin ada perubahan posisi buatnya berdasarka­n latihan kelak. Gandingann­ya

(gambar)

bersama pemain tempatan, termasuk pemain muda diyakini mampu menyerlah,” katanya.

Sementara itu, Sumareh yang dihubungi bertekad membalas jasa Malaysia yang memberi kerakyatan kepadanya sejak berhijrah dari Gambia pada 2004 ketika berusia 13 tahun.

Bekas penuntut Sekolah Antarabang­sa Maz dan Kolej Segi itu merasakan, dia banyak terhutang budi kepada negara ini dan atas dasar itulah dia berbesar hati menyahut panggilan Harimau Malaya walaupun keputusann­ya dianggap sebagai tidak popular di negara asalnya, Gambia.

“Jurulatih kebangsaan (Gambia) selalu menyokong karier saya dan beliau tidak berang dengan keputusan ini. Memang terdapat persoalan mengapa saya tidak memilih beraksi untuk negara sendiri, tapi Malaysia.

“Jawapannya adalah kerana saya bangga untuk menyatakan negara ini sebagai rumah saya,” kata Sumareh.

Selepas berita dia diserap ke dalam skuad Harimau Malaya tersebar luas, Sumareh yang pernah beraksi untuk Steve Biko FC sebelum menyertai PDRM pada 2013 mengakui kehidupann­ya bertukar 360 darjah.

“Saya merasa lebih tertekan kerana orang kini lebih mengenali saya apabila berada di tempat awam dan ada yang menjelaska­n sudah tidak sabar untuk melihat aksi saya.

“Jadi, saya perlu membuktika­n kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa saya boleh beraksi baik. Ia adalah gila,” katanya.

Ditanya mengenai tindakan segelintir pihak yang mempersoal­kan isu kerakyatan­nya, pemain sayap Pahang itu merasakan ia sengaja diperbesar­kan bagi menjatuhka­n kariernya.

“Semuanya OK (dari segi kerakyatan), hanya ada satu media yang tidak memahami sangat mengenainy­a dan sengaja mahu menjatuhka­n saya.

“Saya gembira, seluruh negara gembira. Jadi, mengapa media itu sengaja mahu menjatuhka­n saya?”

 ?? FOTO: RASUL AZLI SAMAD ?? PEMAIN skuad kebangsaan giat menjalani latihan.
FOTO: RASUL AZLI SAMAD PEMAIN skuad kebangsaan giat menjalani latihan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia