Harian Metro

Catu sejak Mei “I

- Firdaus Hashim firdaushas­him@nstp.com.my

su kurang makan di AMD (Akademi Mokhtar Dahari) sebenarnya bermula selepas Mei lalu,” kata bapa kepada salah seorang pelajar yang enggan mendedahka­n identitiny­a ketika ditanya mengenai masalah catuan makanan di pusat latihan bola sepak terbabit.

Beliau bimbang kenyataan yang didedahkan kepada Sukan NSTP itu bakal memberi kesan kepada pembelajar­an anaknya di AMD nanti.

Beliau merasa terpanggil untuk berkongsi situasi sukar yang dihadapi pelatih terutama membabitka­n kelompok pemain tingkatan tiga dan empat di AMD ketika ini.

Katanya, pendedahan Sukan NSTP mengenai catuan makanan di AMD adalah benar selepas peruntukan yang sepatutnya disalurkan untuk penyediaan makanan tidak

„ Bapa dakwa isu kekurangan makanan di AMD sudah berlarutan sejak lima bulan lalu

sampai kepada pengurusan, sekali gus menyaksika­n pelatih hanya makan dua kali sehari iaitu pagi dan malam manakala tengahari, mereka terpaksa menumpang di Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP).

“Apa yang saya tahu, isu ini bermula selepas Mei apabila dana untuk makanan tak turun-turun dan sebab itu mereka hanya makan dua kali saja di AMD.

“Mujur di SSMP pelatih diberi makan tengahari memandangk­an ia adalah waktu persekolah­an. Tapi ia hanya membabitka­n pelatih tingkatan tiga dan empat saja.

“Bagi pelatih tingkatan satu dan dua pula, mereka masih tinggal di SSMP dan tidak berdepan masalah pemakanan.

“Saya kasihan melihat pelatih AMD yang terpaksa mengikat perut pada waktu petang sebelum turun berlatih,” katanya kepada Sukan NSTP.

Kelmarin, akhbar mendedahka­n luahan ibu bapa yang bimbang mengenai masalah yang berlaku di akademi bernilai RM85 juta itu dan mendakwa kehidupan anak mereka ibarat ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’.

Malah, lawatan mengejut Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada Jumaat lalu turut menyaksika­n wujudnya pelbagai kepincanga­n lain termasuk kemudahan dan peralatan yang tidak sesuai seperti kerosakan padang tiruan di AMD.

Syed Saddiq turut akan membuat penilaian selepas wujud dakwaan berlaku unsur ketirisan membabitka­n kontraktor dilantik dan berjanji menjalanka­n siasatan lanjut.

Menurut bapa pemain itu lagi, pelatih tidak mahu keluar dari AMD kerana tempat berkenaan ibarat ‘universiti’ terbaik bagi bola sepak.

“Sebab itu kebanyakan ibu bapa dan pelatih sendiri tak kisah dan sanggup harung asalkan masih dalam sistem AMD.

“Cuma saya hairan, mengapa baru sekarang menteri datang melawat. Isu ini tak timbul kalau peruntukan makanan terus disalurkan tanpa ada sekatan dari atas,” katanya.

 ??  ?? BANGUNAN AMD.
BANGUNAN AMD.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia