Harian Metro

Jualan tiket Malaysia lawan Kyrgyzstan ‘laku keras’

- Nazri Abu Bakar sukanteam@nstp.com.my

Melaka: Jualan tiket perlawanan antarabang­sa antara Malaysia dan Kyrgyzstan mendapat sambutan hangat peminat tempatan meskipun ia akan hanya berlangsun­g pada 16 Oktober di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA), Farhan Ibrahim berkata, sebanyak 11 lokasi jualan tiket diadakan di sekitar negeri ini bermula Jumaat lalu, bagi memudahkan urusan pembelian tanpa perlu ke Stadium Hang Jebat atau menunggu hari perlawanan.

Antara lokasi jualan tiket termasukla­h di Bandar Hilir, Bachang; Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM); Batu Berendam; Dataran Keris, Alor Gajah; Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Jasin, UiTM Kampus Bandaraya, UiTM Lendu dan Durian Tunggal.

“Apa yang penting, lebih ramai peminat termasuk remaja dan pelajar sekolah datang menyaksika­n perlawanan ini, sekali gus memberi sokongan kepada skuad kebangsaan,” katanya yang menyasarka­n jualan 5,000 tiket.

Harga tiket bagi perlawanan itu adalah RM20 bagi dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak. Setakat ini, lebih 400 tiket sudah terjual.

Selain penyokong di Melaka, peminat bola sepak termasuk dari Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Singapura juga dijangka memenuhi stadium bagi menyaksika­n perlawanan itu.

Farhan berkata, saingan kelas A itu antara persiapan terbaik buat skuad negara bimbingan jurulatih Tan Cheng Hoe menjelang Kejohanan AFF Suzuki 2018, bulan depan.

Sementara itu, Timbalan Presiden MUSA, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahdi berharap peminat terutama penyokong setia Melaka United bakal memenuhi stadium kerana tidak mudah untuk FAM memberi ruang aksi antarabang­sa di negeri berkenaan.

“Perlawanan ini menjadi kesempatan terbaik buat peminat muda menyaksika­n sendiri kelibat pemain terbaik negara beraksi dan menjalani latihan di Melaka,” katanya.

 ?? Farhan Ibrahim ?? Lebih ramai peminat termasuk remaja dan pelajar sekolah datang menyaksika­n perlawanan ini, sekali gus memberi sokongan kepada skuad kebangsaan”
Farhan Ibrahim Lebih ramai peminat termasuk remaja dan pelajar sekolah datang menyaksika­n perlawanan ini, sekali gus memberi sokongan kepada skuad kebangsaan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia