Harian Metro

Isu gaji robek hati ‘Tak sangka boleh menang besar’

- Azizan Hashim sukanteam@nstp.com.my

Isu gaji tertunggak mungkin menjadi faktor yang menyaksika­n Sabah seolah-olah ‘layu’ ketika separuh akhir pertama Piala Malaysia menentang Perak di Ipoh, kelmarin.

Hakikat itu diakui sendiri jurulatih Sabah, Jelius Ating dan beliau tidak menolak kemungkina­n ia menjadi punca anak buahnya beraksi di bawah tahap sebenar sehingga tewas 0-5.

“Pemain tidak menunjukka­n karakter sebenar seperti dalam perlawanan sebelum ini hingga mampu mara ke separuh akhir. Kami pernah bertemu Selangor dan Pahang serta berjaya menumpaska­n mereka, tapi malam ini (kelmarin) mereka tidak menunjukka­n persembaha­n sebenar,” katanya.

Jurulatih itu berkata, beliau sudah berusaha memberi motivasi kepada anak buahnya sebelum perlawanan namun nyata tidak berhasil.

“Mungkin (isu gaji) ada kesan. Mereka manusia dan tidak dapat lari daripada memikirkan masalah dihadapi,” katanya

Beliau yang kecewa dengan keputusan perlawanan itu sedar skuad Badak mempunyai tugas amat getir apabila turun dalam perlawanan kedua pada 21 Oktober ini biarpun bermain di gelanggang sendiri.

“Bukan senang hendak atasi lima gol. Ia boleh dikatakan mustahil kerana Perak pasukan hebat. Jika tumpas satu dua gol mungkin ada peluang lagi.

“Apapun, kami akan lakukan yang terbaik demi maruah dan imej Sabah dalam pertembung­an di Stadium Likas nanti,” katanya. Ipoh: ‘Ibarat pucuk dicita, ulam mendatang’. Itu kata Pengurus Perak, Datuk Adly Shah Ahmad Tah mengenai kejayaan 5-0 skuad Bos Gaurus ke atas Sabah, dalam saingan separuh akhir Piala Malaysia, kelmarin.

“Saya tidak sangka kami boleh menang dengan jurang sebesar ini.

“Saya hanya berharap kami menang dengan kelebihan tiga gol. Malah, Menteri Besar (Ahmad Faizal Azumu) juga berpesan kepada saya untuk menyampaik­an kepada pemain supaya menang dengan jurang tiga gol, tetapi tak sangka pula pemain jaring lebih daripada yang diminta,” katanya.

Adly yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) mengakui cukup teruja dengan persembaha­n menakjubka­n Bos Gaurus dalam perlawanan separuh akhir pertama itu dan menganggap­nya sebagai hadiah istimewa buat kerajaan dan rakyat Perak.

“MB cukup ambil berat mengenai pasukan, jadi pengorbana­n dan keprihatin­annya dibalas.

“Memang puas hati tengok perlawanan ini. Semua yang hadir pastinya terhibur melihat aksi pasukan Bos Gaurus,” katanya.

Adly yakin dengan kejayaan besar itu, Perak sudah sebelah kaki untuk layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia musim ini.

“Bukan niat untuk takbur kerana masih ada satu perlawanan, tapi laluan kami lebih mudah di Kota Kinabalu nanti,” katanya.

„ Jelius perjelas faktor pemain hilang semangat berdepan Perak

 ?? Jelius Ating
FOTO: ABDULLAH YUSOF ?? PEMAIN Perak, Gilmar Jose Da Silva Filho (dua dari kanan) diasak pemain Sabah, Rawilson Batuil (kanan) pada separuh akhir pertama Piala Malaysia 2018 di Stadium Perak, kelmarin. Kami pernah bertemu Selangor dan Pahang serta berjaya menumpaska­n mereka, tapi malam ini (kelmarin) mereka tidak menunjukka­n persembaha­n sebenar”
Jelius Ating FOTO: ABDULLAH YUSOF PEMAIN Perak, Gilmar Jose Da Silva Filho (dua dari kanan) diasak pemain Sabah, Rawilson Batuil (kanan) pada separuh akhir pertama Piala Malaysia 2018 di Stadium Perak, kelmarin. Kami pernah bertemu Selangor dan Pahang serta berjaya menumpaska­n mereka, tapi malam ini (kelmarin) mereka tidak menunjukka­n persembaha­n sebenar”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia