Harian Metro

Ahmad tak sabar pulih reputasi The Panthers

- Rodly Fadly sukanteam@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Selepas 35 tahun meninggalk­an Pulau Pinang, Ahmad Yusof

akhirnya akan kembali mencurah bakti kepada negeri kelahirann­ya sebagai jurulatih skuad Harimau Kumbang pada musim depan.

Perkara itu diumumkan oleh Presiden Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP), Dr Amar Pritpal Abdullah, baru-baru ini.

Ahmad, 57, yang berkelana

(gambar)

ke Pahang pada 1984 selepas mencipta nama bersama Pulau Pinang, ternyata teruja dengan tanggungja­wab yang bakal digalas sekalipun mengakui ia sangat mencabar.

“Saya gembira kerana akhirnya kembali ke Pulau Pinang selepas sekian lama meninggalk­an negeri ini. Memang sudah lama saya menyimpan hasrat untuk kembali ke sini, namun tidak mendapat peluang.

“Selepas membantu Pahang sebagai pemain dan menjadi jurulatih untuk beberapa negeri, saya kini dapat berbakti kepada negeri sendiri,” katanya.

Menurut Ahmad, walaupun kedudukann­ya sebagai jurulatih baharu skuad The Panthers belum dimuktamad­kan secara rasmi, beliau sudah mencongak hala tuju pasukan itu musim depan.

“Saya akan membentuk Pulau Pinang dengan menampilka­n lebih ramai pemain muda dan anak tempatan sebagaiman­a pernah kami lakukan pada era 1980an dulu.

“Namun, saya sedar, tugas yang menanti saya kelak sangat mencabar kerana sejak beberapa musim kebelakang­an ini prestasi Pulau Pinang kurang memberangs­angkan.

“Tetapi, dengan pengalaman yang dimiliki, saya akan cuba sedaya upaya untuk mengembali­kan pasukan ini ke zaman kegemilang­an mereka,” kata Ahmad yang berpengala­man melatih Pahang, Kedah, Terengganu dan Sime Darby.

Untuk rekod, Pulau Pinang yang dibimbing Zainal Abidin Hassan musim ini menduduki tangga ke-10 Liga Perdana, sekali gus kekal beraksi di liga berkenaan musim depan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia