Harian Metro

Belum selamat

-

„ Azraai anggap kelebihan skuad Penyu tidak cukup untuk menumpaska­n JDT di laman sendiri

buat Terengganu. Bermain di Larkin bukan mudah dan saya percaya Irfan sedar mengenai hakikat itu. “Semua tahu kekuatan JDT yang mempunyai ramai pemain berkualiti terutama di bahagian depan. Sudah tentu JDT akan menyerang habis-habisan sambil Irfan mungkin mengharapk­an serangan balas untuk mencari gol,” katanya ketika dihubungi semalam.

Terengganu yang memenangi Piala Malaysia 2001 berpeluang mara ke pentas final selepas kali terakhir merasai nikmat bahang final pada 2011 yang menyaksika­n mereka tumbang 1-2 kepada Negeri Sembilan.

Pada aksi pertama, jaringan tunggal Abdul Malik Mat Ariff sudah cukup untuk memberi kelebihan kepada skuad Penyu sebelum perlawanan timbal balik nanti.

Mengulas mengenai satu lagi aksi separuh akhir membabitka­n pertembung­an antara Perak dan Sabah, Azraai melihat skuad kendalian Mehmet Durakovic sudah selangkah ke final susulan kemenangan besar 5-0 yang dilakar di Stadium Perak, Ipoh.

“Perak boleh dianggap sudah sebelah kaki ke final dan Mehmet mungkin boleh mencatur strategi berbeza dengan merehatkan beberapa pemain untuk menghadapi final nanti.

“Tapi kena berhati-hati juga sebab Sabah sebuah pasukan yang tidak kenal erti putus asa. Motivasi mereka tinggi setiap kali bermain di Stadium Likas dan mungkin kejutan boleh berlaku kalau Perak ambil mudah aksi itu,” katanya yang juga pernah membimbing skuad Bos Gaurus pada musim 2013.

Ditanya ramalan pasukan mana yang akan melangkah ke final, beliau memilih Perak bagi mengisi satu slot manakala Terengganu FC dan JDT memiliki peluang seimbang yang sukar diduga.

 ??  ?? ANAK buah Irfan Bakti meraikan kemenangan ke atas JDT.
ANAK buah Irfan Bakti meraikan kemenangan ke atas JDT.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia