Harian Metro

Luqman terima anugerah penjaring terbanyak

- Zulfaizan Mansor zulfaizan@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Kejayaan Luqman Hakim Shamsudin merangkul anugerah penjaring terbanyak kejohanan bawah 16 (B-16) tahun Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) menjadi pengubat duka buat skuadnya yang tersingkir awal.

Skuad kendalian Lim Teong Kim yang tersingkir di peringkat kumpulan selepas merekodkan satu kemenangan dan dua kekalahan turut gagal mencapai sasaran utama mereka layak ke Piala Dunia B-17 di Peru tahun depan.

Namun, anugerah yang diterima Luqman kelmarin pasti menjadi kebanggaan buat negara apabila dia muncul pemain pertama Malaysia memenangi anugerah di kejohanan B-16 peringkat Asia.

Remaja dari Kota Bharu, Kelantan itu mengaku tidak sangka penampilan tidak sampai dua perlawanan membolehka­n dia merangkul anugerah yang dianggap paling besar dalam kerjayanya.

“Saya rasa bangga buat pertama kali dapat anugerah penjaring terbanyak dalam kejohanan besar seperti ini. Ia hadiah buat pasukan dan seluruh penyokong bola sepak Malaysia.

“Diharapkan hadiah ini sedikit sebanyak dapat mengubat kekecewaan semua pihak selepas kami tersingkir awal di peringkat kumpulan dan ia sudah semestinya menjadi motivasi untuk kerjaya masa depan saya,” katanya ketika dihubungi Sukan NSTP, semalam.

Luqman berkongsi lima gol bersama pemain Jepun, Shoji Toyama dan penyerang Australia, Noah Botic di kedudukan teratas carta penjaring.

Bagaimanap­un, kejayaan Luqman yang meledak lima gol selepas hanya beraksi satu perlawanan setengah sebelum dilayangka­n kad merah ketika berdepan Thailand menjadi kelebihan buatnya merangkul anugerah itu berbanding Toyama dan Botic yang beraksi sekurang-kurangnya lima perlawanan.

Luqman turut bertuah apabila Toyama tidak menjaringk­an sebarang gol pada aksi final ketika berdepan Tajikistan di Stadium Nasional, Bukit Jalil kelmarin.

Jepun muncul juara selepas menundukka­n Tajikistan 1-0 hasil jaringan penerima anugerah pemain paling bernilai, Jun Nishikawa pada minit ke-63.

 ??  ?? LUQMAN bersama trofi dimenangin­ya.
LUQMAN bersama trofi dimenangin­ya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia