Harian Metro

Lee Tuck optimis Penyu ke final Piala Malaysia

- Malik Muhamad sukanteam@nstp.com.my

Kuala Terengganu: Arkitek skuad Terengganu FC (TFC), Lee Tuck membayangk­an tiket ke final Piala Malaysia musim ini bakal menjadi milik pasukannya biarpun hanya mempunyai bekalan tipis untuk mengharung­i misi getir menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Larkin pada aksi separuh akhir kedua, 20 Oktober ini.

Pemain kelahiran England itu yang memulakan karier bersama kelab di negaranya, Halifax Town pada 2007 berkata, keyakinan berkenaan lahir berdasarka­n kejayaan mengejutka­n skuad juara bertahan terbabit dalam aksi separuh akhir pertama dengan kemenangan 1-0.

“Impian besar pemain untuk layak ke final, serta usaha keras tanpa mengenal erti penat lelah sehingga minit terakhir seperti yang dipamerkan di Kuala Terengganu pada Sabtu lalu bakal dibuktikan sekali lagi pada aksi kedua nanti.

“Tidak mustahil jika kami berjaya mengejutka­n JDT yang mempunyai ramai pemain berstatus bintang pada aksi pertama, kami mampu melakar sekali lagi kejutan pada aksi kedua nanti. Mereka pasti lebih tertekan beraksi di laman sendiri,” kata Tuck.

Bekas pemain import Negeri Sembilan musim lalu itu bukan hanya bijak merencana jentera tengah pasukan, malah pemain itu juga berupaya meledak gol dan setakat ini sudah merekod tujuh jaringan dalam aksi Piala Malaysia.

Mengulas lanjut, dia secara jujurnya mendedahka­n mereka mengalami kesukaran untuk memecahkan benteng JDT pada aksi pertama yang berlangsun­g di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

“Ia adalah permainan yang sukar, kami dipaksa bertahan daripada segenap sudut gol, malah skuad JDT mempunyai banyak peluang untuk menghasilk­an jaringan berbanding kami, tetapi hasil usaha keras, kami berjaya menang.

“Jika mahu layak ke final, kami tidak mempunyai cara lain kecuali memperagak­an aksi terbaik untuk memecah benteng lawan dan mesti bijak memanfaatk­an peluang di depan gol.

“Jangan cepat berputus asa, beraksi sebagai satu pasukan untuk mengekang pergerakan pemain lawan. Faktor itu akan menambah tekanan kepada JDT,” katanya yang mengidam untuk mencipta sejarah layak ke final buat pertama kali dalam Liga Malaysia (Liga M).

 ??  ?? TUCK (kiri) yakin kemampuan Terengganu FC menentang JDT.
TUCK (kiri) yakin kemampuan Terengganu FC menentang JDT.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia