Harian Metro

Lori balak bermaharaj­alela atas jalan

-

Bintulu: Polis Sarawak memberi amaran tindakan tegas bakal dikenakan terhadap mana-mana pemandu lori balak yang membawa muatan berlebihan dan tidak mengikut peraturan sehingga membahayak­an pengguna jalan raya lain.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Negeri, Superinten­dan Alexson Naga Chabu berkata, tiada kompromi dengan mana-mana pemandu lori balak yang masih berdegil dan membelakan­gkan undangunda­ng sehingga boleh mengancam keselamata­n orang ramai.

“Hasil pemantauan kita mendapati banyak lori balak di Bintulu dan kawasan sekitarnya membawa muatan secara berlebihan, muatan tidak diikat kemas dan dipandu secara melulu serta berbahaya hingga mencetuska­n kebimbanga­n dalam kalangan pengguna jalan raya lain.

“Didapati tiga kawasan panas masing-masing

Jalan Bintulu-Sibu, Jalan Bintulu-Bakun dan Jalan Bintulu-Miri yang seolaholah memperliha­tkan lori balak ini bermaharaj­alela,” katanya dalam satu kenyataan, kelmarin.

Dalam kejadian terbaru katanya, sebuah lori yang sarat dengan muatan balak dan tidak mengikut spesifikas­i ditetapkan dikesan menggunaka­n laluan Jalan Bintulu-Sibu berhampira­n Jambatan Kemena, di sini, Khamis lalu, dengan kayu dibawanya terjuntai sehingga mencecah permukaan jalan.

“Malah, kayu balak itu nyaris dirempuh kenderaan lain. Gambar lori berkenaan yang dirakamkan pengguna jalan raya turut tular di laman sosial.

“Daripada gambar berkenaan, jelas sekali pemandu lori itu tidak mengambil kira aspek keselamata­n kerana bukan saja membawa muatan berlebihan, bahkan tidak diletakkan sebarang tanda keselamata­n yang boleh menyebabka­n kemalangan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia