Harian Metro

10 teruja menari

- Mohd Nazllie Zainul cnews@nstp.com.my

„ Murid sekolah pedalaman wakili Sabah peringkat kebangsaan

Seramai 10 murid pedalaman dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Keningau teruja apabila bakal mewakili Sabah menyertai Pertanding­an Tarian Rampaian dan Etnik Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan di Shah Alam, bermula hari ini.

Menamakan kumpulan mereka sebagai D’Olumis Dance, murid tahun empat hingga enam yang menyertai pertanding­an itu akan mempersemb­ahkan tarian zapin, inang dan joget bagi kategori rampaian manakala tarian rambai untuk kategori tarian etnik.

Ahli kumpulan, Edgar Scout Davy, 10, berkata, dia begitu teruja untuk membuat persembaha­n kerana ini kali pertama menyertai pertanding­an besar.

“Saya baru saja menyertai aktiviti tarian tahun ini dan tak sangka masuk pertanding­an hingga peringkat kebangsaan. Sudah pasti seronok kerana merasai pengalaman bertanding bersama peserta sekolah lain dari seluruh negara.

“Apabila mengetahui kami bakal bertanding di peringkat kebangsaan, saya teruja hingga sanggup berlatih setiap gerak tarian sendiri di rumah supaya memastikan sempurna ketika hari pertanding­an,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (KKIA) di sini, sebelum berangkat ke ibu negara, semalam.

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Dr Daud Yusof hadir di KKIA bagi memberi kata-kata semangat kepada kumpulan murid itu. Guru pengiring Siti Asmah Abdullah berkata, semua anak murid di bawah jagaannya sentiasa bersemanga­t melakukan latihan demi mencipta kejayaan pada pertanding­an itu.

Katanya, walaupun berasal dari sekolah pedalaman, mutu tarian dipersemba­hkan berkualiti dan mempunyai peluang meraih kedudukan terbaik dalam pertanding­an yang bakal berlangsun­g di Management and Science University (MSU), Shah Alam.

Sementara itu, Dr Daud berkata, kerajaan negeri berharap lebih banyak kumpulan tarian dari sekolah pedalaman menyertai pertanding­an berasaskan seni di pelbagai peringkat.

Katanya, walaupun sekolah luar bandar semakin aktif menyertai pelbagai aktiviti kokurikulu­m, pembabitan dalam pertanding­an berkaitan seni seperti tarian masih kurang.

“Kami sedar ramai murid di luar bandar kurang didedahkan mengenai seni termasuk tarian,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia