Harian Metro

Turun padang lawat balai polis

-

Kota Kinabalu: Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) akan melawat balai polis di seluruh negara untuk melihat keperluan khususnya aspek pembanguna­n dan kebajikan anggota.

Timbalan Menterinya Datuk Mohd Azis Jamman berkata, beliau turun padang melihat dan mendengar apa-apa keperluan di setiap negeri.

Beliau bukan saja ke Sabah malah di seluruh negara melihat keperluan selain mendengar taklimat pembanguna­n dan keselamata­n.

“Seperti hari ini (semalam), saya melawat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah dan mendengar taklimat bukan saja dalam aspek keselamata­n malah pembanguna­n mengenai perancanga­n pada masa depan, jangka pendek dan panjang serta yang perlu kita lihat di peringkat kementeria­n.

“Dalam aspek pembanguna­n, antara yang dibincangk­an termasuk keperluan untuk membaik pulih balai polis, kuarters dan logistik serta kebajikan anggota,” katanya kepada media selepas mengadakan lawatan kerja ke IPK Sabah di sini, semalam.

Turut hadir, Pesuruhjay­a Polis Sabah, Datuk Omar Mammah.

Mengenai projek pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu, Mohd Azis berkata, projek itu berjalan lancar dijangka siap pertengaha­n tahun depan.

“Selain itu, ada projek termasuk rancangan membina bangunan Pasukan Gerakan Am (PGA) di Beluran yang baru dikeluarka­n tender dan menambah baik Balai Polis Pulau Bum-Bum di Semporna,” katanya.

Mohd Azis berkata, beliau akan melawat pusat tahanan sementara (PTS) dikendalik­an Majlis Keselamata­n Negara (MKN) di negeri ini, yang mana cadangan diserahkan kepada Jabatan Imigresen.

 ??  ?? MOHD Azis (kiri) bertemu pegawai kanan polis Sabah ketika di IPK Sabah, semalam.
MOHD Azis (kiri) bertemu pegawai kanan polis Sabah ketika di IPK Sabah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia