Harian Metro

UNIMAS galak lestari alam

-

Universiti Malaysia

Sarawak (UNIMAS) mengambil pendekatan lebih praktikal dalam usaha melestarik­an alam sekitar di sekitar kampus induknya melalui pelaksanaa­n inisiatif strategik, Pendidikan Perhutanan Takasago UNIMAS.

Bagi mendokong usaha itu, 10 hektar kawasan di sekitar kampus berkenaan dibangunka­n bagi tujuan penyelidik­an dan latihan berhubung kaedah pemulihara­an hutan.

Ia dari segi kewangan oleh Takasago Thermal Engineerin­g Company Limited (Takasago), sebuah firma kejurutera­an di Jepun dan Persatuan Jepun di Malaysia yang giat menjalanka­n kegiatan perhutanan semula dengan Jabatan Perhutanan Sarawak sejak 1995.

Melalui projek itu, sejumlah 25,000 jenis anak pokok akan ditanam di kampus UNIMAS sehingga 2022.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, kerajaan negeri menyambut baik langkah dilaksanak­an kedua-dua pihak dalam usaha melestarik­an alam sekitar bagi tempoh jangka panjang.

“Kerjasama ini boleh menjadi model terbaik dalam melestarik­an hutan dalam bidang pendidikan dan penyelidik­an kepada pelajar universiti. Ia juga boleh melatih generasi muda ke arah meningkatk­an usaha pemulihara­an hutan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mewakili Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg merasmikan Program Pendidikan Perhutanan Takasago - UNIMAS, di sini kelmarin.

Kerajaan Sarawak merancang bekerjasam­a dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan semakan rekod jenayah terhadap semua tenaga pengajar dan petugas institusi pendidikan awal kanak-kanak di negeri ini.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Sarawak, Datuk Sri Fatimah Abdullah berkata, inisiatif itu penting bagi memastikan institusi berkenaan bebas daripada sebarang elemen jenayah dan risiko keselamata­n.

“Ini akan dibincangk­an dengan PDRM, sama ada mereka dapat membantu kita melakukan saringan bagi memastikan pendidik, bahkan semua kakitangan lain, termasuk pengawal keselamata­n dan tukang kebun tiada rekod jenayah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia