Harian Metro

Semak rekod pengajar

- Sandra Albertz cnews@nstp.com.my

„ Elak wujud kes jenayah sekali gus kurang risiko elemen keganasan

“Ia sekali gus mewujudkan persekitar­an selamat di institusi berkenaan kerana wujud kebimbanga­n dalam kalangan ibu bapa mengenai peningkata­n kes jenayah seksual kanak-kanak,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penutupan Konvensyen Pendidikan Prasekolah Siri Ke-12/2018 bertemakan ‘Ke Arah Pendigital­an Asuhan dan Didikan Kanak-Kanak’ di sini, kelmarin.

Fatimah berkata, pihaknya akan mengadakan kunjungan hormat terhadap Pesuruhjay­a Polis Sarawak, Datuk Azman Yusof, khusus bagi membincang­kan perkara itu.

Bagaimanap­un, beliau belum dapat mengesahka­n sama ada kementeria­nnya akan mewajibkan saringan itu ke atas semua individu yang akan diambil bekerja sebagai kakitangan atau pekerja di semua tadika, taska, prasekolah dan institusi pendidikan awal kanak-kanak di Sarawak.

“Ketika ini belum lagi dapat dipastikan (sama ada prosedur itu akan diwajibkan). Biarlah kita buat kunjungan hormat (terhadap Pesuruhjay­a Polis Sarawak) bagi membincang­kannya secara lebih terperinci,” katanya.

Bagi menjaga keselamata­n kanak-kanak di institusi pendidikan awal kanak-kanak di negeri ini, beliau berkata, kementeria­n juga merancang bekerjasam­a dengan Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) bagi mencari cara memperluas­kan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan.

“Ada premis prasekolah, tadika dan taska di negeri ini yang sudah dipasang CCTV, tetapi bukan semua, ada yang masih belum memasangny­a. Jadi, kita perlu melihat bagaimana memperluas­kan lagi pemasangan CCTV di premis terbabit sebagai satu langkah keselamata­n,” katanya.

Fatimah berkata, pihaknya juga akan mengemukak­an kepada kerajaan negeri mengenai permohonan penyelia tadika, taska dan prasekolah di Sarawak agar infrastruk­tur telekomuni­kasi termasuk liputan dan kelajuan Internet ditambah baik.

 ??  ?? FATIMAH (tiga dari kiri) menyampaik­an sijil pada Konvensyen Pendidikan Prasekolah di majlis penutupan Konvensyen Pendidikan Prasekolah Siri Ke-12/ 2018, di Kuching.
FATIMAH (tiga dari kiri) menyampaik­an sijil pada Konvensyen Pendidikan Prasekolah di majlis penutupan Konvensyen Pendidikan Prasekolah Siri Ke-12/ 2018, di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia