Harian Metro

DUN Sarawak perjuang hak rakyat

-

Kewujudan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak memainkan peranan penting dalam memperjuan­gkan hak dan kepentinga­n rakyat negeri ini sejak 150 tahun lalu, selain menjadi simbol demokrasi yang dihormati.

Malah, pemilihan wakil rakyat yang berkaliber sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) turut membantu DUN Sarawak menentukan hala tuju dan fungsinya agar terus terpelihar­a.

Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar berkata, wakil rakyat bertanggun­gjawab sepenuhnya ke atas dasar digubal bagi menjamin hak, kepentinga­n dan masa depan ‘anak Sarawak’ sentiasa dilindungi.

“Kita mahu wakil rakyat yang akan terus menjadi suara sebenar dan mempertaha­nkan hak seluruh rakyat negeri ini,” katanya pada Majlis Perasmian Pertanding­an Memancing Bersempena Ulang Tahun Ke-150 DUN Sarawak di sini, kelmarin.

Turut hadir Timbalan Speaker DUN Sarawak, Datuk Gerawat Jala dan Menteri Muda Pertanian Sarawak, Dr Abdul Rahman Ismail.

Mohamad Asfia berkata, DUN Sarawak atau dulu dikenali sebagai Majlis Negeri bertindak sebagai platform untuk berbincang mengenai hal serta kepentinga­n negeri ini sejak dulu lagi ketika ia diwakili oleh ketua kaum dan pemimpin masyarakat tempatan.

Katanya, walaupun pada mulanya tidak menerusi pengundian, kini ADUN dipilih melalui proses demokrasi iaitu melalui pilihan raya.

“Rakyat Sarawak yang akan menentukan ADUN yang dipilih, sekali gus terus mempertaha­nkan hak mereka melalui polisi yang digubal.

“Justeru, rakyat negeri ini harus bijak memilih wakil rakyat mereka ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) berlangsun­g lima tahun sekali,” katanya.

DUN Sarawak diwakili 82 ADUN, dengan 72 daripadany­a dikuasai empat parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS) iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Demokratik Progresif (PDP) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia