Harian Metro

Hanya tentera berkaliber diperlukan

-

Kota Samarahan: Warga Tentera Darat Malaysia (TDM) yang gagal mematuhi peraturan tentera perlu menamatkan perkhidmat­an sebelum mereka diberhenti­kan.

Itu amaran keras Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Panglima Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi kepada pegawai dan anggota yang tidak lagi menunjukka­n minat terhadap perkhidmat­an.

Ahmad Hasbullah berkata, beliau tidak berkomprom­i dalam soal disiplin dan tidak akan membiarkan pegawai dan anggota yang bermasalah itu merosakkan pasukan.

“Selagi anda boleh mengikuti peraturan yang ditetapkan, anda layak untuk terus berada dalam tentera, tetapi jika anda tidak mampu, saya tidak ragu-ragu untuk memberhent­ikan anda daripada perkhidmat­an.

“Orang seperti ini bukanlah aset kepada perkhidmat­an, sebaliknya mereka adalah liabiliti yang boleh menjejaska­n keupayaan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena lawatan ke Markas Pemerintah­an Medan Timur TDM di Kem Muara Tuang di sini, semalam.

Turut hadir, Panglima Medan Timur TDM Leftenan Jeneral Datuk Stephen Mundaw, Panglima 1 Divisyen Infantri Mejar Jeneral Datuk Toh Choon Siang dan Panglima 3 Briged Infantri Brigedier Jeneral Mohd Bustaman Mat Zin.

Ahmad Hasbullah berkata, beliau rela jumlah anggota TDM kecil asalkan mereka yang terbaik dan berkualiti.

“Tidak guna memiliki anggota yang ramai jika sebahagian besarnya ejen perosak dan janganlah kerana sikap mereka ini, semua pasukan akan menerima kesannya.

“Kita tidak memerlukan orang yang tidak jujur dalam TDM, tetapi kita mahukan warga yang profesiona­l dalam melaksanak­an tanggungja­wab agar kita sentiasa disegani,” katanya.

 ??  ?? AHMAD Hasbullah ketika lawatannya ke Kem Muara Tuang, Kota Samarahan.
AHMAD Hasbullah ketika lawatannya ke Kem Muara Tuang, Kota Samarahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia