Harian Metro

‘Alhamdulil­lah kos bedah anak mencukupi’

-

Kuala Lumpur: “Kami bersyukur kerana dengan bantuan pembaca Harian Metro, dana diperlukan bagi pembedahan pemindahan hati anak sudah mencukupi.

“Mengikut perancanga­n, kami akan berangkat ke Shanghai, China, hujung bulan ini bagi menjalani pembedahan,” kata Mohd Riduan Mhd Yunan, 38, bapa kepada Ahmad Zeyad, 18 bulan, yang menghidap penyakit kegagalan fungsi hati atau biliary atresia.

Menurutnya, Ahmad Zeyad dibenarkan keluar wad di Pusat Perubatan Universiti Malaya, kelmarin, namun dia perlu menjalani pemeriksaa­n susulan di situ sebelum berlepas ke China.

Katanya, doktor menge sahkan anaknya bersedia menjalani pembedahan namun mereka masih memantau pertambaha­n berat badannya dan nutrisi supaya sesuai dan selamat untuk menjalani pembedahan.

“Bagaimanap­un tarikh pembedahan pemindahan hati akan diputuskan selepas Ahmad Zeyad menjalani pemeriksaa­n kesihatan dengan pakar di Hospital Renji, Shanghai.

“Kami sekeluarga mengucapka­n ribuan terima kasih atas keprihatin­an dan sumbangan semua pihak yang membantu meringanka­n beban kami dalam usaha mendapatka­n dana bagi membiayai kos pembedahan ini.

“Kami mohon doa supaya pembedahan dan segala proses berkaitan berjalan lancar,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Pada 4 Oktober lalu, Harian Metro melaporkan isteri Mohd Riduan, Hamizah Azlan, 28, sanggup mengorbank­an sebahagian hatinya untuk Ahmad Zeyad bagi memastikan anaknya dapat meneruskan kehidupan.

Bagaimanap­un, mereka menghadapi kekangan kewangan bagi membiayai kos pembedahan yang menelan belanja RM200,000.

Pasangan terbabit ketika itu hanya mampu mengumpul RM120,000 dan selepas kisah Ahmad Zeyad disiarkan di Harian Metro, mereka mendapat dana mencukupi untuk menjalani pembedahan terbabit.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, 4 Oktober lalu.
LAPORAN Harian Metro, 4 Oktober lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia