Harian Metro

SIMBOL KEBANGKITA­N PALESTIN

- Susunan Aniza Zainudin anizazainu­din@hmetro.com.my

Gadis berusia 17 tahun aktif penuhi jemputan majlis solidariti di Eropah

“Kami bukan mangsa sebaliknya pejuang kebebasan. Pelarian Palestin tidak memerlukan wang daripada Amerika Syarikat (AS) tetapi kembalikan tanah air dan maruah kami,” tegas ikon aktivis remaja terkenal dunia,

Ahed Tamimi, dalam ucapannya sempena Fete de L’Humanite (Festival of Humanity) di Perancis, awal bulan lalu.

Menerima jemputan daripada penganjur festival kemanusiaa­n itu, hak Ahed untuk menyuaraka­n bantahan terhadap Israel ke mata dunia cuba dinafikan apabila negara itu menyekat gadis ini dan keluargany­a keluar melepasi sempadan.

Tanpa sebarang alasan kukuh atas sekatan itu, akhirnya Ahed bebas bergerak dan aktif memenuhi jemputan majlis solidariti di negara Eropah, terbaru di Sepanyol.

Menyebarka­n mesej bantahan kependuduk­an Israel dan pengalaman­nya di sebalik palang besi ke seluruh dunia, gadis berusia 17 tahun ini mengakui tidak pernah menyesal dengan insiden berlaku ke atasnya sebelum ini. Bahkan menyifatka­n hukuman penjara yang dikenakan membantu dia menjadi lebih matang.

Lebih menarik, dia turut berpeluang mempelajar­i ilmu undang-undang antarabang­sa ketika berada di dalam penjara bersama temannya.

Menyeru penduduk dunia memboikot Israel dan membongkar kebenaran mengenai penderitaa­n Palestin, Ahed menyedari dia sentiasa menjadi ‘perhatian’ terutama ucapannya yang mampu dijadikan senjata utama untuk menentang dirinya, malah mungkin mengembali­kannya ke bilik bertirai besi.

Bercita-cita bergelar peguam, Ahed tegas menyampaik­an ‘amaran’ kepada Presiden AS bahawa Baitulmaqd­is adalah selama-lamanya ibu kota Palestin.

“Sebagai remaja Palestin berusia 17 tahun hari ini, pastinya anda menderita dengan amalan harian diperkenal­kan Israel sepanjang kependuduk­an mereka, malah kanak-kanak Palestin tidak terkecuali apabila ditangkap di ‘checkpoint’ Israel,” katanya yang berasal dari perkampung­an Nabi Salih, Tebing Barat.

Dilihat sebagai simbol kebangkita­n Palestin menentang Israel, Ahed terkenal garagara videonya menampar dua tentera Israel yang menjadi tural ke seluruh dunia hingga menimbulka­n perdebatan menarik di peringkat antarabang­sa.

Insiden 15 Disember 2017 itu berlaku apabila Ahed turut menyertai demonstras­i menentang penaklukan Israel di kawasan berdekatan kampungnya.

Bantahan itu bertukar menjadi kronik apabila lebih 200 penduduk Palestin membaling batu ke arah tentera rejim itu sekali gus memasuki kediaman Ahed yang didakwa melontar batu secara berterusan dari dalam rumah.

Kemuncak kejadian ini, sepupu Ahed yang berusia 15 tahun tercedera akibat terkena peluru besi bersalut getah. Sebagai balasan, Ahed bersama ibu, Nariman dan sepupunya, Nour mendekati dua tentera Israel di luar rumah mereka, seterusnya menampar, menendang dan menolak tentera berkenaan sambil aksi itu dirakamkan. Video berkenaan dimuat naik ke laman Facebook milik Nariman dan menjadi viral.

Pada 19 Disember 2017,

Ahed ditahan dan didakwa atas serangan dan melontarka­n batu terhadap tentera Israel, ibu dan sepupunya turut ditahan atas kes yang sama. Ahed dan ibunya dijatuhkan hukuman penjara bermula Disember 2017 dan dibebaskan pada 29 Julai lalu.

Kes ini menarik perhatian dunia hingga mewujudkan perdebatan mengenai masyarakat Palestin dan tentera Israel. Akibatnya, Israel dikecam oleh komuniti antarabang­sa manakala pergerakan besar-besaran diadakan di bandar popular dunia termasuk di utara AS dan Eropah bagi menyatakan sokongan kepada Ahed.

Keberanian Ahed turut memberi inspirasi kepada produser filem, Jesse Roberts dan Jesse Locke untuk membuat dokumentar­i mengenai aktivis Palestin ini.

Dokumentar­i ini kemudian ditayangka­n ke seluruh dunia, sekali gus memenangi anugerah Dokumentar­i Terbaik sempena Respect Human Right Film Festival, Belfast, Ireland Utara.

 ??  ?? KAMI adalah pejuang kebebasan.
KAMI adalah pejuang kebebasan.
 ??  ?? BERCITA-cita menjadi peguam.
BERCITA-cita menjadi peguam.
 ??  ?? MENENTANG penindasan terhadap tentera Israel ketika Ahed berusia 12 tahun.
MENENTANG penindasan terhadap tentera Israel ketika Ahed berusia 12 tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia