Harian Metro

Hiburan jadi rawatan

„ Mangsa muda gempa, tsunami diajak bermain untuk ubati trauma

-

Penderitaa­n kanak-kanak yang terselamat akibat gempa bumi dan tsunami di Sulawesi Tengah di sini, sedikit terubat apabila dihiburkan sukarelawa­n yang memakai kostum watak daripada program kartun Winnie the Pooh.

Selain memakai kostum, sukarelawa­n menyanyika­n lagu dan menyediaka­n permainan bagi menghiburk­an kanak-kanak yang terjejas akibat bencana alam itu.

Gempa bumi dan tsunami berlaku pada 28 September lalu menyebabka­n 2,002 orang terkorban, selain ribuan orang dipercayai masih tertimbus di bawah runtuhan.

Tragedi itu menyebabka­n sekurang-kurangnya 180,000 kanak-kanak masih trauma.

Sukarelawa­n, Erna tampil dengan menawarkan hiburan untuk mengurangk­an penderitaa­n yang terpaksa dilalui kanak-kanak terbabit.

Dia dan rakannya bertindak nekad memandu kereta selama tiga jam menuju ke Palu dengan membawa kostum Winnie the Pooh serta watak lain demi tujuan murni itu.

“Saya sangat kasihankan kanak-kanak ini dan tidak mahu mereka terus trauma,” katanya kepada AFP.

Pekerja bantuan di tempat kejadian berkata, ramai kanak-kanak masih terkejut dan tertekan akibat bencana dahsyat itu.

Di sekitar Palu, pelbagai usaha dilakukan untuk menggembir­akan kanak-kanak, termasuk sukarelawa­n membawa permainan, menganjurk­an perlawanan sukan atau mengadakan sesi bercerita.

Organisasi Save the Children bekerjasam­a dengan pertubuhan kebajikan tempatan untuk memastikan tempat selamat bagi kanak-kanak bermain sementara ibu bapa mereka mencari bekalan diperlukan.

David Bloomed dari organisasi itu berkata, bermain amat penting untuk kesihatan psikologi kanak-kanak.

“Bermain membolehka­n kanak-kanak merasakan mampu kembali normal walaupun perubahan drastik berlaku di sekitar mereka,” katanya.

 ?? - Reuters ?? KANAK-KANAK menjalani sesi pemulihan trauma.
- Reuters KANAK-KANAK menjalani sesi pemulihan trauma.
 ?? - AFP ?? KANAK-KANAK memeluk Winnie the Pooh ketika program pemulihan trauma.
- AFP KANAK-KANAK memeluk Winnie the Pooh ketika program pemulihan trauma.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia