Harian Metro

‘Manja’ potong leher

- Agensi

„ Doktor mati dikelar benang kaca layang-layang

Seorang doktor mati dalam keadaan tragis apabila lehernya terkelar benang kaca layang-layang ketika menunggang motosikal di Pune, India.

Hindustan Times melaporkan, mangsa, Dr Krupali Nikam, 26, yang juga pengamal perubatan ayurveda meninggal dunia selepas terbaring di atas jalan hampir 20 minit tanpa menerima bantuan.

Penduduk, Siddharth Borawake yang menyedari kejadian itu menghantar­nya ke hospital, namun dia gagal diselamatk­an.

“Dia terjatuh dari motosikaln­ya serta saya yang cuba membantuny­a mendapati lehernya terkelar dengan benang bersalut kaca. Mangsa ketika itu berlumuran darah.

“Nyawanya mungkin dapat diselamatk­an sekiranya ada pengguna lain melintasi kawasan ini,” katanya.

Menurut jurucakap polis, Sunil Gade, beberapa saksi melihat mangsa terjatuh dari motosikaln­ya dan terkejut apabila mendapati keadaannya parah.

“Dia cuba bercakap tetapi tidak boleh,” katanya.

Benang kaca dikenali sebagai manja di India digunakan untuk memenangi peraduan layang-layang.

Sejak beberapa tahun lalu, benang digunakan semakin tajam dan penggunany­a dilihat tidak peduli atau tidak tahu mengenai bahaya penggunaan­nya.

Sementara itu, Times of India melaporkan, kejadian itu yang kedua seumpamany­a meragut nyawa di bandar berkenaan dalam tempoh lapan bulan lalu.

Dalam kejadian 7 Februari lalu, kakitangan pemasaran syarikat media, Suvarna Mujumdar, 42, maut selepas terkelar benang kaca ketika menaiki motosikal dan melalui jambatan Shivaji.

Julai tahun lalu, pengerusi tribunal hijau kebangsaan di New Delhi mengarahka­n benang kaca diharamkan kerana menyebabka­n kematian dan kecederaan haiwan termasuk burung.

Polis turut meningkatk­an penguatkua­saan terhadap kedai yang masih berdegil menjual benang berkenaan.

 ?? Siddharth Borawake ?? KRUPALI Nikam Nyawanya mungkin dapat diselamatk­an sekiranya ada pengguna lain melintasi kawasan ini”
Siddharth Borawake KRUPALI Nikam Nyawanya mungkin dapat diselamatk­an sekiranya ada pengguna lain melintasi kawasan ini”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia