Harian Metro

Dipimpin cucu alun azan

-

Mukah: “Saya ikhlas dan tidak terfikir mengharap pujian atau ganjaran,” kata Kiprawi Jugam, 61, bilal cacat penglihata­n di Surau Badong,

Daro, di sini.

Kiprawi dibantu cucunya, Nor Alia Nabila Rizal, 6, berulang-alik dari rumahnya ke surau itu setiap hari semata-mata untuk mengalunka­n azan setiap kali waktu solat.

Katanya, biarpun tidak dapat melihat, dia tidak kekok kerana sudah terbiasa melakukan amalan itu sejak 10 tahun lalu.

“Jarak antara rumah saya dan surau hanya beberapa minit berjalan tetapi kerana masalah penglihata­n, saya masih memerlukan bantuan orang lain sebagai pemandu arah untuk ke surau.

“Cucu saya (Nor Alia) inilah yang tolong memimpin setiap hari,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Kiprawi berkata, walaupun sudah biasa ke surau, namun dia hanya melaungkan azan Zuhur, Asar dan Maghrib, manakala Subuh

pula hanya bersolat bersama keluarga di rumah.

Katanya, apa dilakukann­ya adalah kerana minat mendalam disertai niat kerana Allah.

Bercerita lanjut, Kiprawi berkata, dia dilahirkan normal dan pernah bekerja di kem pembalakan sehingga hilang penglihata­n pada usia 38 tahun.

“Saya tidak tahu apa puncanya. Saya pernah berikhtiar merawatnya namun penglihata­n saya semakin kabur dan akhirnya saya tidak dapat melihat.

“Apa pun berlaku, saya reda dengan ketentuan Ilahi. Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Beberapa tahun kemudian, saya mula mendekati agama dan mempelajar­i azan bagi memahirkan diri dengan sebutan yang betul,” katanya.

Katanya, bilal mempunyai tugas besar dalam masyarakat,

selain melaungkan azan, mereka turut berdakwah dan mengimarah­kan masjid.

Malah, tugas itu harus dilaksanak­an dengan bersungguh-sungguh kerana ia tugas mulia dalam memanggil umat Islam mengerjaka­n solat.

“Namun, di sebalik semua itu, saya bersyukur Allah murahkan rezeki saya. Dalam keadaan serba kekurangan, saya boleh menyara lapan cahaya mata dan hari ini, saya dikurniaka­n 19 cucu.

“Malah, saya merasai ketenangan dan perasaan itu sukar saya gambarkan dengan kata-kata,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Surau Kampung Badong Abang Shamsurie Abang Wahap berkata, pihaknya amat mengagumi kesungguha­n Kiprawi melaksanak­an tanggungja­wabnya sebagai muazim.

 ??  ?? KIPRAWI dibantu cucunya,
Nor Alia Nabila setiap kali ke surau untuk mengalunka­n azan di Surau Badong, Daro,
Mukah.
KIPRAWI dibantu cucunya, Nor Alia Nabila setiap kali ke surau untuk mengalunka­n azan di Surau Badong, Daro, Mukah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia