Harian Metro

ZAHID DISOAL 8 JAM

Nurulhiday­ah dakwa hanya temankan bapa Azam Baki sahkan SPRM ambil keterangan Nurulhiday­ah Adik Zahid turut beri keterang>an2

- Azura Abas, Irwan Shafrizan Ismail dan Nor Azizah Mokhtar cnews@nstp.com.my

„ SPRM sahkan panggil semula Presiden UMNO hari ini

“Saya akan kembali semula pada tarikh dan masa saya sendiri,” itu jawapan ringkas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika ditanya sama ada beliau akan dipanggil semula Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata demikian ketika ditemui selepas kira-kira lapan jam memberikan keterangan berhubung siasatan penyelewen­gan dana sebuah yayasan di Ibu Pejabat SPRM di sini, semalam.

Bagaimanap­un, Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahka­n mengesahka­n beliau diminta hadir sekali lagi untuk diambil keterangan jam 9.30 pagi ini.

Proses merakam keterangan Ahmad Zahid, 65, bermula kira-kira jam 10 pagi sebelum beliau yang diiringi beberapa individu beredar dari ibu pejabat suruhanjay­a itu jam 5.40 petang.

Difahamkan, SPRM turut mengambil keterangan anak perempuann­ya, Datuk Nurulhiday­ah serta adik Ahmad Zahid, Datuk Seri Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi berhubung kes sama.

Nurulhiday­ah dilihat terlebih dulu meninggalk­an Ibu Pejabat SPRM dengan menaiki pacuan empat roda berwarna hitam jam 4.52 petang.

Hampir 50 pengamal media yang berada di lokasi sejak awal pagi terpaksa ‘berkampung’ di situ sebelum Ahmad Zahid muncul namun beliau enggan ditemu bual.

Beliau hanya memberikan jawapan ringkas itu ketika ditanya.

Terdahulu, Ahmad Zahid yang menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Lexus berwarna putih tiba di pekarangan lobi Ibu Pejabat SPRM jam 9.20 pagi.

Beliau dilihat memakai baju batik berwarna hijau buah zaitun dan berseluar gelap manakala Nurulhiday­ah mengenakan baju dan tudung hitam serta berjaket hijau.

Bagaimanap­un, media tidak melihat kelibat Mohamad Nasaee bersama Ahmad Zahid atau Nurulhiday­ah.

Ini kali ketiga Ahli Parlimen Bagan Datuk itu diarahkan hadir ke Ibu Pejabat SPRM untuk dirakam keterangan dengan kali pertama dan kedua beliau hadir pada 2 dan 3 Julai lalu.

Menurut laporan sebelum ini, Ahmad Zahid diminta menjelaska­n dakwaan yang dana milik yayasan itu sebanyak RM800,000 digunakan untuk membayar bil kad kredit milik beliau dan isterinya.

Ahmad Zahid dilaporkan berkata, beliau sudah membayar semua wang milik yayasan yang digunakan untuk membayar bil kad kredit berkenaan.

Katanya, bayaran itu dibuat pada 2016, tetapi kemudian mendapati pegawai beliau tersilap menggunaka­n cek yayasan berkenaan untuk berbuat demikian.

 ?? MOHD FADLI HAMZAH ?? DR Ahmad Zahid tiba di Ibu Pejabat SPRM untuk memberi keterangan siasatan penyelewen­gan dana sebuah yayasan, semalam.
MOHD FADLI HAMZAH DR Ahmad Zahid tiba di Ibu Pejabat SPRM untuk memberi keterangan siasatan penyelewen­gan dana sebuah yayasan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia