Harian Metro

JANGAN CAKAP AKAK TAK PAYUNG

„ El Pescao pilih isteri jadi gadis litar curi perhatian

- Syazwan Msar mohdsyazwa­n @hmetro.com.myy

Alhamdulil­lah, dia berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke-12

Noor Suzana

“Kehadiran isteri sebagai gadis payung menjadikan saya hilang rasa gemuruh dan gentar, seterusnya nekad mahu menghabisk­an perlumbaan di kedudukan terbaik.

“Alhamdulil­lah, bermula di petak 18 dan akhirnya berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan 12,” kata pelumba MotoGP Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah, 23.

Hafizh berkata, keputusan memilih isterinya, Noor Suzana Abd Manaf, 24, sebagai gadis payung pada perlumbaan MotoGP di Buriram, Thailand, baru-baru ini dilakukan secara spontan berikutan gadis payung yang bertanggun­gjawab menggalas tugas terbabit secara tiba-tiba tidak hadir.

Katanya, dia terus mencadangk­an kepada pasukan supaya memilih isterinya kerana kesuntukan masa selain keputusan itu memberi kelainan kerana menampilka­n individu bertudung sebagai gadis litar.

“Sebelum ini, saya pasti akan berasa gemuruh atau berasa sedikit ‘takut’ sebelum memulakan perlumbaan namun kali ini, perasaan itu tiada dan menjadi lebih bersemanga­t apabila isteri ada sebagai gadis litar.

“Pasukan pula bersetuju dengan cadangan saya itu, manakala Noor Suzana pula tiada masalah untuk memainkan peranan sebagai gadis litar yang kebanyakan­nya terdiri daripada perempuan seksi dan tidak berhijab,” katanya, yang kini mengikuti siri jelajah Yamaha di Jakarta, Indonesia.

Sebelum ini, tular di media sosial apabila Hafizh atau dikenali sebagai El Pescao memilih gadis berhijab iaitu isterinya bagi menemaniny­a.

Kemunculan Noor Suzana atau lebih mesra dipanggil Zana mencuri perhatian peminat dunia permotoran seluruh dunia.

Zana manis berhijab berwarna hitam dilihat sedang memayungi suaminya di litar sebelum perlumbaan bermula.

Ketika pelumba lain ditemani gadis payung yang lebih seksi, pelumba berusia 23 tahun ini bijak memilih isteri yang baharu dinikahiny­a pada Disember tahun lalu sebagai peneman dan pembakar semangat sebelum perlumbaan.

Tindakan Hafizh itu dipuji netizen yang berbangga kerana berani mengekalka­n ciri Islamik meskipun berada di luar negara.

Sementara itu, Zana berkata, dia selalu menemani Hafizh ke pelumba MotoGP dan bukanlah sebagai gadis litar.

“Saya terus bersetuju menjadi gadis payung dan ia tidak menjadi masalah kepada saya kerana sebagai isteri, perlulah menemaniny­a seterusnya memberi sokongan.

“Alhamdulil­lah, dia berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke-12 walaupun bermula pada kedudukan 18 sebelum perlumbaan bermula,” katanya, di sini.

 ??  ??
 ??  ?? ZANA setuju temani Hafizh di litar pada perlumbaan MotoGP di Buriram, Thailand.
ZANA setuju temani Hafizh di litar pada perlumbaan MotoGP di Buriram, Thailand.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia